Aliah tersentak apabila mendengar lafaz ijab Kabul yang diucapkan oleh lelaki yang berada di hadapan papanya.
Dengan sekali lafaz Aliah telah sah menjadi seorang isteri kepada jejaka yang tidak pernah dia kenali.Air matanya mengalir laju.
Hatinya resah mengenangkan tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang isteri.Fizah yang berada di tepi Aliah mengenggam tangan Aliah untuk memberi semangat.
"Aliah,hulurkan tangan kau tu."Bisik Fizah perlahan apabila melihat rakannya kelihatan bingung setelah Najmi duduk di hadapan isterinnya.
Aliah terkejut apabila melihat tangan kasar itu menarik tangannya perlahan dan menyarungkan cincin yang bertatahkan berlian.
Dengan teragak-agak dia menyalam tangan suaminya dan dibalas dengan ciuman hangat di dahinya.
Selepas menjamu selera Aliah dan Najmi terpaksa melayan kerenah jurukamera yang begitu cerewet. Pelbagai aksi mereka lakukan. Aliah terpaksa senyum apabila suaminya memeluk pingangnya dengan erat walaupun hati kecilnya memberontak..
*******
"Assalamualaikum...Aliah dah tidur?"Tanya Najmi setelah menapak ke bilik isteri yang baru dia nikahi siang tadi.
Bagaikan disimbah air,Aliah terus bangun dari pembaringannya.Hatinya berdebar-debar apabila melihat suaminya duduk di birai katil.Najmi tersenyum melihat tingkah isterinya yang kelihatan takut padanya. "Aliah tidur la.Tak payah bangun macam ni. Nanti sakit kepala.
Lagipun abang nak tidur."Ujar Najmi sambil membaringkan badannya di katil.
"A...a..abang malam ni a..abang nak.."Aliah tak dapat meneruskan kata-katanya.Mukanya yang putih gebu kelihatan merah.Hatinya gugup dan takut.
"Never mind kalau Aliah tak bersedia.I will not force you, if you are not ready. Tidur la Aliah hari dah lewat ni.Good night.
Aliah memandang wajah suaminya itu.Baru sekarang dia perasan wajah suaminya itu sangat seksi apabila sedang tidur.Matanya yang sedikit sepek,hidungnya yang mancung dan mempunyai bibir yang merah sudah cukup membuatkan hati Alia berdebar.'Comel...Ya Allah!!
Kenapa dengan aku ni. Tak boleh jadi ni' . Bagi mengelak dari berlaku apa-apa Aliah terus baring di sisi suaminya dan terus memejam mata.
@@@@@@
" Aliah!! Tunggu aku sekejap."Jerit Fizah yang tergopoh-gopoh keluar dari dewan kuliah.
Setelah sampai di hadapan Aliah,terus tangan rakannya di tampar.Aliah mengaduh perlahan.
"Engkau ni apehal Fizah.Suka hati kau je tampar aku.Ingat tangan aku tulang urat dawai ke?"Fizah tersengih-sengih tanda minta maaf.
"Sorry la Aliah.Aku tengok selepas kau kahwin ni asyik bad mood je.Selalunya bila habis kelas kau tunggu aku.Ni tidak,kau belah macam tu je."
"Entah la Fizah,aku pun tak tahu.Sejak akhir-akhir ni hati aku gundah memikirkan hal rumah tangga aku."
"La aku ingat apa tadi.Aliah apa lagi yang kau gundah.Aku tengok suami kau tu macam sayang gila dekat kau. Family dia pun aku tengok ok dengan kau.Apa yang tak kena lagi ni?"
"Kau bayangkan baru dua hari kami bernikah dia dah pergi outstation. Sekarang ni tak balik lagi.Call aku pun tidak.Kalau sibuk pun at least hantar la mesej dekat aku. Aku nak kenal dia dengan lebih dekat pun tak sempat".Adu Alia perlahan.
"Sabar la Aliah.Mungkin dia nak uji kau kot atau dia nak tengok sejauh mana kau rindu dekat dia."Pujuk Fizah perlahan.
"Entah la Fizah.Malas aku nak fikir tentang hal ni.Jom la pergi makan.Perut aku ni lapar gila."Dengan lagak ceria Aliah mengajak Fizah sambil memeluk tangan rakannya kearah kafeteria yang berdekatan.
Selepas kehilangan suaminya selama seminggu Aliah dikejutkan dengan satu panggilan yang tak dijangka.Siapa sangka yang menelefon itu suaminya.
"Assalamualaikum Aliah. Lia sihat?"Tanya Najmi dengan lembut.
"Aliah sihat.Ada apa abang call Aliah malam-malam ni?"Jawab Aliah acuh tak acuh.
"Kalau ye pun marahkan abang jawab la salam dulu. Abang minta maaf sebab tak contact Aliah. Handphone abang hilang masa abang pergi Sabah hari tu. Handphone ni pun abang baru beli tadi."Pujuk Najmi apabila dia merasakan isterinya itu sedang marah.
"Ok.Itu je ke bang nak cakap.Kalau tak ada apa Aliah nak letak phone.Aliah nak tidur sekarang, sebab esok ada kelas awal.Assalamualaikum."Aliah terus meletakkan handphonenya.
Dia merasakan macam nak hempuk-hempuk kepala suaminya. Kalau handphone hilang kenapa tak pakai talefon hotel je.Alasan!! ehh sejak bila akun rasa macam nih.. hurmm abaikan je la.. tido - tido..
@@@@@@
To be countinue......
KAMU SEDANG MEMBACA
KAU UNTUKKU (COMPLETE)
RomancePaksaan tanpa disangka mengubah hidup ku.. Mampukah aku terima semua ketentuan ini... Atau perlu membuka ruang bagi dia yang tidak ku kenali.....???? ~ Aliah Tanpa dipinta permintaan diikut tanpa rela atas dasar keluarga... "Ok apa kata kita teru...