Alia terkejut dari tidur apabila mendengar suara bising di bawah. Dia melihat sebelah kirinya.Nampaknya Najmi dah bangun. Terus dia bangun dari katil dan menuju ke bilik air.
Ketika di anak tangga terakhir tangannya terus disambar oleh suaminya. Dia terus diheret ke dapur."Awak ni kenapa sambar-sambar tangan orang ni?"Marah Alia kerana geram dengan sikap suaminya.
Najmi kelihatan gelisah. "Alia, habisla kita.Mama,papa,ibu dan ayah tengah bincang pasal kita dekat luar."
"Apa yang habis?Biar la diorang nak bincang pasal kita.Yang abang gelabah sangat tu apasal."Tak faham dia dengan sikap suaminya itu.Belum sempat suaminya membalas, kedengaran suara mama memanggil mereka keluar.
"Jom la keluar cepat... Nanti mama membebel pulak."Ajak Alia sambil menarik tangan suaminya dengan lembut.Di taman kelihatan wajah serius mama,papa dan kedua mertuaku.Seperti membincangkan masalah Negara.
"Assalamualaikum ibu ayah.Bila sampai."Tanya Alia sambil menyalam tangan kedua mertuanya.
"Kami baru sampai je.Duduk pun tak panas lagi."Jawab ayah mertuaku sambil tersenyum.
"Alia,Najmi duduk dulu kami nak bincang sikit hal kamu berdua."Arah Puan Sri Kamalia.
"Apa yang nak dibincangkan mama."Tanya Alia dalam nada takut-takut.Najmi disebelahnya pun kelihatan resah.
"Najmi,ambil kunci apartment ni.Mulai sekarang Najmi dengan Alia kena tinggal di apartment ni."Ujar Tan Sri Nazzri sambil menarik tangan Najmi untuk menyerahkan kunci tersebut.
"Tapi ayah,Alia tak boleh tinggal dengan Najmi.Lagipun Alia lebih suka tinggal dekat hostel. Tak lama lagi Alia nak final.Banyak kerja nak dibuat.Kalau tinggal di luar kampus susah sikit ayah."Keluh Alia perlahan.
"Papa,mama dengan kedua mertua kamu ada syarat kalau kamu nak tinggal di luar kampus."Sampuk Tan Sri Adnan.
"Apa syaratnya pa?"Tanya Alia dalam nada gembira.
"Kamu kena berikan cucu kepada kami dalam masa terdekat.Selagi Alia tak mengandung Alia tak dibenarkan jejak kaki di villa ini."Jawab Puan Sri Kamalia bagi pihak suaminya.
"Oh ya,Najmi dengan Alia jugak tak boleh datang rumah ibu dan ayah selagi Alia tak mengandung."Tambah Puan Sri Aisha sammbil tersenyum sengih.
"Ayah,ibu,papa,mama tak boleh buat kami macam ni.Lagipun Najmi dengan Alia tengah sesuaikan diri, berikan kami peluang dan masa. Kalau tak boleh balik rumah nanti kami nak pergi mana?"Bantah Najmi degan nada yang tidak puas hati.
"Ayah tak kira.Ini keputusan muktamad.Sebab tu la ayah berikan apartment tu pada kamu berdua."Tegas Tan Sri Nazzri.
Muka Aliah dan Najmi kelihatan berserabut.Bingung dengan permintaan orang tua mereka.
Aliah menarik nafas perlahan sebelum menyambung kata-katanya."Kalau itu kehendak papa,mama,ayah dan ibu kami akan tunaikan.Insayaallah saya dengan abang Najmi akan usahakan."Ujar Alia selamba.
Tersentak Najmi dengan kata-kata isterinya. 'Biar betul perempuan ni.Nak cari penyakit ke?' Lagipun mereka masih ada peluang lagi untuk membantah keputusan kedua orang tua mereka.
"Alhamdullilah..Mama bangga dengan Aliah.Keputusan yang Aliah buat cukup tepat."Ucap Puan Sri Kamalia dalam nada gembira.
"Ok la,Aliah dengan abang nak masuk bilik dulu.Lagipun papa,mama,ayah dan ibu kan tak sabar nak cucu."Ujar Aliah tanpa rasa malu dan terus dia menarik tangan suaminya masuk ke dalam rumah.
****
Dalam hati , hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa malunya dia.. buat keputusan bergitu.. kalau tak di jawab bergitu memg sampai sudah la orang tuanya akan berkeras.. suka memaksa.. paling tak bagi Alia ada masa nak kenal betul - betul hati budi suaminya.
Dengan belajar tak habis nak kene dengar cakap orang tua nya.. dia dan Najmi tersepit antara rasa bersalah dan tanggungjawab.. urggghhh serabut..
****
To be Countinue....
KAMU SEDANG MEMBACA
KAU UNTUKKU (COMPLETE)
RomancePaksaan tanpa disangka mengubah hidup ku.. Mampukah aku terima semua ketentuan ini... Atau perlu membuka ruang bagi dia yang tidak ku kenali.....???? ~ Aliah Tanpa dipinta permintaan diikut tanpa rela atas dasar keluarga... "Ok apa kata kita teru...