◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐
Aku mencapai buku kerja milik Taehyung yang terletak di atas meja. Tujuanku ingin melihat hasil rekaan baju yang direka khas olehnya.
Bibirku tidak lepas menguntum senyum apabila jariku mula menyelak helaian demi helaian. Setiap muka surat itu dipenuhi dengan hasil lukisan baju yang akan dipamerkan pada pertunjukkan hari fesyen yang bakal berlangsung tahun ini.
Aku kagum dengan Taehyung. Dia seorang lelaki yang bekerja keras dan tidak pernah merungut erti penat dalam pekerjaannya.
Hasil titik peluh Taehyung akhirnya telah mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai. Banyak pelakon serta penyanyi yang terkenal memuji bakat Taehyung yang sedia ada.
Dan aku bersyukur kerana mempunyai teman lelaki seperti Taehyung. Dia pandai membahagikan masa kami berdua dan masa dia bekerja dengan baik. Tidak kira sesibuk mana pun lelaki itu, dia tetap akan luangkan masa bersama aku.
"Sayang?"
Aku sedikit tersentak tatkala sepasang tangan kekar milik Taehyung bergayut di belakang leherku. Pipi kami bersentuhan sebelum dia melabuhkan ciuman sekilas di pipiku. Aku tergelak kecil. Buku kerja milik Taehyung, aku letak kembali di atas meja.
"Saya dah tengok semua rekaan baju awak. Cantik. Pandai awak lukis." Pujiku ikhlas. Taehyung melepaskan leherku dan terus mengambil tempat di atas sofa bersebelahan aku.
"Kan? Nanti bila kita nak kahwin, tak payah pergi boutique beli baju apa semua, saya dah siapkan dress wedding awak." Tanganku diraihnya lalu dikucup lembut.
Mataku sedikit membulat. "Awalnya? Saya tak ready lagi nak jadi wife awak. Saya tak reti nak masak lagi lah." Tuturku dengan serba-salah. Baiklah, aku mengaku yang aku memang tak pandai memasak. Jejak dapur pun cuma nak cari makan je.
Taehyung mencuit sekilas batang hidungku. "Saya nak jadikan awak isteri, bukannya orang gaji. Bab memasak, saya boleh ajar. Tak pun, awak duduk goyang kaki je, biar saya buat semua benda."
Aku mengusutkan rambut depan Taehyung dengan geram. Mimik mukanya berubah cemberut. "Jangan nak mengada, saya nak jadikan awak sebagai suami, bukan kuli." Jawabku pula.
"Jomlah,kita kahwin sekarang." Ajak Taehyung tiba-tiba. Lenganku sudah dipaut kemas olehnya.
"Jangan nak mengarut. Dahlah, saya balik rumah dulu. Sampai rumah nanti saya call awak. Kerja elok-elok tau." Pesanku seraya bangun dari tempat duduk. Taehyung juga turut berdiri, tangannya mula melingkari pinggang rampingku sambil wajahnya disembab ke bahuku.
"Awalnya balik.... Tae baru nak lepas rindu kat Aeryl." Ujar Taehyung dengan nada suara manjanya. Aku menepuk belakang tubuhnya berkali-kali.
"Aigoo, saya kena balik lah. Lagipun saya taknak ganggu waktu kerja awak. Esok hari ada lagi, kan? Esok saya datang kat office awak awal pagi, okey?" Lembut aku berkata agar Taehyung memahami keadaan kami berdua.
Taehyung mengangkat wajahnya. Bibir merahnya mencebik kecil. "Yela yela, bai."
"Eo? Marah ke?"
"Taklah, sayang je heheh. Promise eh datang pejabat saya esok pagi. Saya tunggu." Taehyung sudah mengangkat jari kelingkingnya di hadapanku. Senyuman kotaknya terhias lebar.
Jari kami bersatu erat. "Ya, janji."
Taehyung menarik belakang kepalaku dengan lembut lalu dahi kami bersentuhan buat beberapa seketika. Pandangan redupnya memandang lama anak mataku.
"Jika ada sesuatu yang akan berlaku tanpa dipinta pada esok hari, maafkan saya." Ucapnya dengan dalam.
Aku sekadar mengangguk kecil walaupun dalam fikiranku sudah menimbulkan pelbagai persoalan di dalam hati.
◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐
YOU ARE READING
Second Hero √
Fanfiction» We are met with a beautiful destiny. PARK JIMIN MALAY FANFICTION | 2020 @sevtaend Beautiful gif banner by; @ppiyyaa Beautiful cover by : @-zhongc