»»-02-««

325 61 34
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐


Seperti yang dijanjikan, aku sudah tiba di hadapan bangunan milik VKim's. Sambil kakiku mengatur langkah ke pejabat Taehyung yang terletak di tingkat 5,jariku menekan kenalan Taehyung dan aku menghubunginya.

Drrttt drrrtttt----

"Hello?" Sapanya dengan nada seakan berbisik.

Aku mengerut kening. Kakiku diatur masuk ke dalam lif yang sudah tersedia terbuka, kemudian jariku menekan butang nombor 5 untuk naik ke atas.

"Tae? Awak okey ke? Janganlah main bisik-bisik." Balasku dengan tawaan kecil di hujung ayat.

Setelah beberapa orang masuk ke dalam perut lif, pintu automatik tertutup dan aku memeluk tubuh sambil menunggu balasan daripada Taehyung.

"Uhm, saya okey je. Awak kat mana sekarang?"

Aku tahan senyum. "Cuba teka." Kataku dengan usikan.

"Kat bilik eh?"

"No lah. Saya on the way nak ke pejabat awak." Jawabku apabila lif yang aku naiki sekarang sudah melimpasi tingkat 2.

"Apa?! Kenapa tak massage saya dulu?" Soalnya dengan nada sedikit tinggi tapi masih dalam keadaan berbisik.

"Bukan awak ke yang suruh saya datang awal pagi hari ni? Lupa?"

"Tak lupa, sayang. Arhh tunggu saya kat cafe mochi lah. Kita jumpa kat sana, okey?"

"Takpe. Saya dah sampai ni. Kita jumpa kejap lagi, saya rindukan awak."

Belum sempat Taehyung membalas, aku sudah menutup panggilan. Ting! Pintu lif terbuka luas. Dengan langkah teruja, aku berjalan menuju ke pejabat Taehyung. Senyumanku tidak henti pudar. Aish, aku sangat rindukan dia biarpun baru kelmarin kami berjumpa.

Sampai sahaja di pintu yang tertera nama KimTaehyung, aku terus memulas tombol dan menolak ke dalam.

"Jadi inilah baju pengantin yang kamu reka khas untuk Shae In masa majlis perkahwinan kamu nanti? Cantik!"

"Ya, eomma." Balas Taehyung ringkas sambil kepalanya mengangguk kecil. Wajahnya kelihatan muram dan tidak gembira. Namun, apabila kehadiranku sudah dapat dikesan oleh kedua anak beranak ini, Taehyung sudah melepaskan keluhan yang berat.

Serta-merta senyumanku mati. Riak wajahku berubah kosong.

"Eh siapa tu? Pekerja kamu ke, Taehyung? Eomma tak pernah nampak pun." Ujar seorang wanita yang seakan berumur 40-an itu, oh inilah Puan Kim. Ini kali pertama kami bersemuka.

Taehyung aku lihat hanya berdiam diri. Langsung tidak ada sebutir bicara pun yang keluar daripada bibirnya. Hatiku semakin bertambah sakit dan pedih.

Puan Kim melangkah ke arahku dengan senyuman lebar. Tiba-tiba, sekeping kad dihulurkan kepadaku dan aku serta-merta menyambutnya.

"Awak ni mesti pekerja baru kan? Jemput datang ke majlis anak saya nanti ya." Puan Kim menutur dengan sengihan di bibir. Mataku terpandangkan kad jemputan perkahwinan tersebut dan jelas tertera nama Taehyung dengan seorang gadis yang langsung aku tidak kenal.

Mataku sudah berkaca-kaca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mataku sudah berkaca-kaca. Perasaanku bercampur baur ketika ini. Taehyung berjalan menghampiri kami berdua dan berdiri di belakang Puan Kim. Matanya langsung tidak memandang ke arahku.

"Jemput datang."

Hatiku retak seribu apabila mendengar dua perkataan ringkas daripada mulut Taehyung. Air mataku sudah jatuh ke pipi tapi aku pants menyekanya. Aku cuba mengukir senyuman dengan kepayahan.

"Thank you for inviting me, Encik Taehyung." Ucapku dengan nada tertahan diselangi dengan getaran kecil. Sejurus itu aku terus beredar tanpa sedikitpun menoleh ke belakang.

Hati aku masih berharap agar dia mengejar dan memelukku dengan erat sambil mulutnya menutur ucapan maaf.

Namun hampa, aku sudah pun masuk ke dalam lif yang berada tidak jauh dari bilik Taehyung. Kelihatan Taehyung masih berdiri di muka pintu sambil merenung lama wajahku dengan sayu.

Pantas aku menekan butang yang tersedia dan pintu lif terus tertutup rapat. Aku menekup wajahku dengan kedua belah tapak tangan. Esakan kecilku kedengaran seorang diri.

Kenapa awak buat saya macam ni, Taehyung?

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Second Hero √Where stories live. Discover now