◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐
Bam!
Pintu kereta ditutup kasar. Taehyung yang berada di sebelah pemandu itu mengerut hairan memandang Shae In.
"Pintu kereta aku tu mahal." Ujar Taehyung senada. Enjin kereta mula dihidupkan. Pandangan dialih ke hadapan.
Shae In tersenyum sinis. Kedua tangannya memeluk tubuh. "Suka lah? Jumpa ex tadi?"
"Suka."
"Kim Taehyung!" Naik meninggi suara gadis itu. Matanya tajam merenung sisi muka Taehyung yang hanya berkelakuan selamba.
"Saya ni siapa dan perempuan tu siapa? Saya bakal isteri awak, takkan awak tak reti nak beza mana satu berlian dan sampah?"
Taehyung mula memandu keluar daripada parking dan menuju ke tempat pembuangan sampah yang berada tidak jauh dari kawasan itu. Shae In mula terpinga-pinga apabila Taehyung memberhentikan keretanya.
"Turunlah." Arahnya dingin.
"Apa? Kenapa awak berhenti kat depan busuk macam ni?" Shae In menyoal dengan nada tertahan.
"Sampah macam kau patut dibuang." Balas Taehyung pedas.
Shae In terdiam. Kepalanya diangguk kecil sebelum membuang pandang ke tepi. Hatinya sakit dan pedih dengan layanan Taehyung. Dalam diam, dia menitiskan air matanya tanpa Taehyung sedari.
~•~
"Berani eh kiss saya tanpa kebenaran."
Aku yang ingin menyuap sekeping roti ke dalam mulut terbantut. Pergh dia ingatkan lagi kejadian tu.
"Tapi sedaplah,rasa pishang."
Pisau makan yang berada di tepi pinggan aku angkat naik tepat ke depan wajah Jimin.
"Diam sebelum saya potong bibir awak." Ugutku dengan serius.
"Sanggup ke nak potong bibir saya yang seksi ni?" Jimin mula mengusikku dengan cara lidahnya sengaja menjilat tepi bibir.
Baiklah, dia memang menggoda sekarang ni. Pisau tadi aku letak kembali. Aku hanya abaikan Jimin yang sudah tergelak-gelak sambil menekan perutnya.
"Lawaklah awak ni Aeryl aigoo! Dah cepat habiskan makan tu." Jimin menongkat dagu sambil merenung aku.
Aku sambung aktiviti pemakananku dengan kekok. Mana tak kekoknya kalau si jantan ni asyik tengok aku. Aku rasa.... Malu.
"Tolonglah jangan pandang saya macam tu. Saya tak selesa."
"Hahahah! Yelah-yelah aih. Comel juga awak ni bila kena usik." Ujarnya seraya mengeluarkan telefon pintar miliknya lalu dihalakan ke arahku.
Aku buat endah tak endah. Baguslah, dia tengah layan game.
"Awak tak takut ke kalau girlfriend saya marah bila dia dapat tahu yang awak kiss saya?"
Aku pandang dia dengan mata yang membulat. "A-awak dah taken?"
Dia mengangguk.
"Maaf maaf maaf! Sa-saya tak tahu pula yang awak dah berpunya. Takpe, nanti saya ganti balik ciuman tu--eh"
Jimin mengumam sahaja. "Umm.. Awak kena siap sedia lah nak hadap teman wanita saya nanti. Tapi hati-hatilah sebab dia tu kuat menyepak orangnya."
"Jimin... Awak takutkan saya." Ujarku perlahan. Serta-merta selera makan aku hilang. Pinggan yang berada di hadapan aku tolak ke tepi.
"Saya cakap benda betul,saya tak main-main Aeryl."
"Kalau macam tu,biar kami bersemuka nanti. Saya akan jelaskan kat dia."
Jimin menggeleng kecil. "Awak pernah nampak ke rupa dia macam mana? Nak saya tunjukkan?"
"Awak ni memang sengaja nak takutkan saya kan?! Taknaklah!" Aku alih pandang ke arah lain bila Jimin sudah menayangkan skrin telefonnya di hadapanku.
"Tengoklah dulu. Mana tahu awak kenal, kan?"
"Saya kata taknak, taknaklah. Eeee---"
Tapi mata aku tak memberi kerjasama dan automatik aku tengok juga gambar teman wanita Jimin tu.
"Cantik kan girlfriend saya ni?"
◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐
Shae In tu, bukan watak antagonis. Dia cuma gadis yang tersakiti hiks. Sekian, terima kasih sjskjsksnsk 💜
YOU ARE READING
Second Hero √
Fanfiction» We are met with a beautiful destiny. PARK JIMIN MALAY FANFICTION | 2020 @sevtaend Beautiful gif banner by; @ppiyyaa Beautiful cover by : @-zhongc