»»-09-««

281 54 79
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐


"H-hiks a-awak tak guna hiks! Awak tak guna, Jimin!" Comforter yang berada di tubuh, aku tarik ke atas sehingga menutupi wajahku. Air mataku yang mengalir keluar, diendahkan. Teresak-esak aku menangis tanpa pedulikan ucapan maaf Jimin.

"Maafkan saya, Aeryl. Saya tak sengaja. Saya tak tahan sangat tadi, maafkan saya. Saya tahu saya salah." Ucapnya berkali-kali.

Aku dapat rasakan sentuhan lembut di atas kepalaku yang berbalut comforter. Aku menepis kasar.

"S-sampai hati awak! Saya dah cukup baik nak bagi awak tidur kat rumah ni tapi apa yang awak dah buat? A-awak h-hiks---" Semakin kuat esakan aku bergema.

"Yang awak nak emo sangat ni kenapa? Salah ke apa yang saya buat?" nada suara Jimin mula mengeram.

Aku larikan selimut tebal dari wajahku. Bahu Jimin aku tolak kasar sehingga tubuhnya hampir terlentang ke belakang.

"Memang salah! Awak dah habiskan semua salad saya, awak ingat senang-senang je saya nak maafkan awak?!"

Bahuku ditarik oleh Jimin dan secara automatiknya kedua belah tapak tanganku melekap di atas dada bidang Jimin. Tubuh kami memakan jarak dekat. Aku meneguk perit liurku.

"Disebabkan salad, awak marah dan menangis sampai macam ni sekali ke sayang?" Ton suara nya berubah sekelip mata.

Aku tergamam. Dia panggil aku sayang?

Mulutku seakan terkunci rapat. Panahan mata lembut Jimin membuatkan aku terpukau seketika. Baru aku sedar, lelaki ini mempunyai raut wajah yang begitu kacak bak bidadara.

"Uljima... You look ugly when you cry." Ibu jarinya menghapus air mataku dengan lembut. Sedikit-sebanyak, ia meredakan esakanku.

"Bersiaplah, kita makan kat luar. Saya belanja." Bibirnya mengukir senyum manis.

~•~

"Elok je jalannya. Tadi bukan main sakit lah apalah." Omelku perlahan. Jimin yang berjalan di sebelah, tergelak kecil mendengar omelanku.

"Entahlah, lepas makan salad awak tu,tiba-tiba saya dah elok berjalan. Ajaib kan?"

Aku menggulingkan mata ke atas. Alasan! Dia ni macam sengaja je nak kenakan aku.

"Lepas habis makan nanti,kita pergi supermarket ya? Saya nak ganti balik salad awak tu. Menangis macam budak-budak." Jimin mengusutkan rambutku sedikit kasar.

Aku menepis pelan. Kadang-kala sikap mesra Jimin ni buatkan jantung aku berdegup aneh. Perasaan apa,aku sendiri tak tahu.

Cieett! Fikir positif Aeryl! Takkanlah kau dah jatuh cinta kat Jimin dalam sekelip mata macam ni? Kenal pun baru beberapa hari. Lainlah aku dengan Taehyung,dah berkenalan bertahun-tahun-----

Stop it, Aeryl. Taehyung tu siapa? Hahah. Tah,aku tak kenal.

Bbuk!

Tanpa sedar,tubuhku berlanggar dengan seseorang. Belum sempat aku jatuh ke bawah,Jimin terlebih dahulu memeluk pinggangku dan serta-merta tanganku berpaut pada lehernya.

Lama kami bertentang mata,akhirnya aku tersedar bahawa ramai orang tengah memerhati adegan tamil kami berdua termasuk orang yang aku langgar tadi.

Cepat-cepat aku dan Jimin membetulkan posisi. Aku mengalih pandang ke hadapan,ingin mengucap kata maaf.

"Maafkan saya----" Ucapanku terhenti. Kenapa dia ada kat sini?

Taehyung dan Shae Ton--- ah tolonglah, aku belum bersedia nak menghadap pasangan ni.

"A-aeryl..." Taehyung menyebut namaku dengan nada bergetar. Dapat aku lihat matanya kian berkaca.

Tolonglah, hati aku tak kuat tengok dia menangis....

"Jadi inilah Aeryl? Seseorang yang bermakna dalam hidup awak tu?" Ujar bakal isteri Taehyung secara tiba-tiba dengan sinis.

Aku terdiam. Taehyung cerita pasal aku kat perempuan ni ke? Dan dia masih anggap aku seseorang yang bermakna dalam hidup dia?

Ya Tuhan... Taehyung masih sayangkan aku ke?

"Sayang..."

Aku tersentak tatkala sepasang tangan Jimin melingkari pinggangku erat.

"Siapa ni? Saya tak kenal pun. Kawan sayang eh?" Soal Jimin dengan nada manja.

Aku tercenggang. Masuk ni, dah dua kali dia gelar aku sayang. Beberapa saat kemudian,aku baru sedar yang Jimin tengah membantu aku dalam diam. Nampaknya, aku kena teruskan lakonan ni.

Segera bibir merah milik Jimin aku cium sekilas. Jimin terciduk. Maafkan saya Jimin!

"Ah ni kawan sekelas saya. Eih dahlah, jom kita pergi makan. Saya laparlah heheh!" Tangan Jimin aku tarik dan kami berdua terus melimpasi mereka berdua.

Dapat aku dengar, bisikan kecil Taehyung semasa aku lalu di sebelahnya tadi.

"Bogoshiepo..."



◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Second Hero √Where stories live. Discover now