»»-08-««

289 50 60
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

"Sorry."

Diam.

"Maafkan saya, Jimin."

Sepi.

"Mianhae."

Sunyi.

Aku mengetap gigi geram. Adakah kesan sepakkan itu memberi kesan buruk sampai dia tak reti nak bercakap?

Makin serba-salah aku dibuatnya. Rasa macam nak menangis.

"H-isk!"

A-aku tak minta pun air mata aku keluar, tapi keadaan yang memaksa.

Jimin yang tadinya membisu kini tersentak. Pantas tangannya memegang kedua bahuku. Pandangan kami bertemu.

"Janganlah nangis,saya tak mandul lagi ni."

Aku tolak bahu di ke tepi. Air mata,aku seka dengan jariku.

"Saya ucap maaf tadi tu,awak diam je. Saya rasa bersalah tahu tak?!" nadaku sedikit menaik tanpa terkawal.

Jimin tersengih kecil. "Saya diam sebab saya nak awak pujuk. Tapi lain pula yang jadi,awak yang nangis. Sorry Aeryl." ucapnya perlahan.

Aku mengumam sahaja. Anak mataku jatuh pada anggota bawahnya.

"Sakit lagi ke?--- Ya Tuhan,kenapa aku pandang kat situ!" Cepat-cepat aku alihkan mata ke arah lain.

Pipiku membahang panas. Sumpah,aku TERpandang. Bukan sengaja.

"Kata orang miang,dia lagi miang." Jimin ejek aku.

"Tak sengaja okey! Ey dahlah, pergi balik sana. Saya nak kemas rumah ni." Kataku beralasan padahal aku nak sorok muka daripada Jimin sekarang ni.

"Ya? Meh saya tolong. Kita kemas sama-sama."

"EHH! Tak payah, saya boleh buat sendiri. Susah-susah je." Balasku kalut. Aduh, aku cuma bagi alasan bukannya nak kemas betul-betul pun!

"Ehm? Okeylah, tapi sebelum saya pergi boleh saya awak satu soalan?"

"Apa?"

"Bekas teman lelaki awak, Kim Taehyung ke?"

Aku geleng pantas. "Tak, Kim Gay Yung." Nafiku sebab aku taknak dia masuk campur. Cukup Seokjin sahajalah yang tahu.

"Saya dengar perbualan awak dengan doktor yang rawat saya tadi tu. Taehyung, kan?" Soalnya lagi.

Aku mengeluh berat sebelum mengangguk. "Ya." balasku pendek.

"Saya balik dulu." Jimin bangkit perlahan-lahan dari tempat duduk. Aku terpinga-pinga, kejap reaksi dia tu je?

Baik tak payah tanya tadi.

"Sssss aduh!" Jimin terduduk semula sambil wajahnya berkerut sakit. Aku mengemam bibir.

"Boleh jalan tak?" Soalku sedikit risau. Ah sudah, teruk sangat ke?

"Disebabkan awak , saya tak larat nak jalan. Malam ni, saya tidur sini."

~•~

Secara rasminya, aku bersetuju untuk tumpangkan Jimin satu malam di rumahku. Nak halau, kesian pula dan kesalahan aku akan semakin menggunung rasanya. Ah takpelah. Anggap je ini tanda maaf aku pada Jimin.

Malam pun menjelang dan aku masih berlegar-legar di ruang dapur. Apa perlu aku buat sekarang?

Memasak? Aku tak reti.

Selama ni aku makan salad, buah dan roti telur je. Diet katakan. Kalau nak makan benda lain, makan kat luarlah jawabnya. Tapi kali ini, lain. Ada tetamu, takkan aku tak bagi Jimin makan?

Kejamnya aku. Tak tak, aku tak nak dilabel kejam. Dengan semangat, aku membuka peti sejuk.

Salad, salad, salad, telur, telur, roti, roti, salad, telur, roti, salad--- okey, takde makanan lain dah.

"Ni badan kambing ke manusia ni? Semua daun awak makan." Suara Jimin yang berada di belakang, membuatkan aku terkejut.

Aku pusing menghadapnya. Peti sejuk tadi aku tutup semula.

"Err awak lapar ke?"

Jimin mengangguk. Ceh, tak tahu malu minta makanan orang!

"Ada apa-apa yang perlu dimakan? Sejak tengahari tadi, saya tak isi perut langsung." Jimin mencebik bibir. Tangannya mengusap-usap perut.

"Saya order Mc'd . Awak tunggu kejap eh."

Langkahku terhenti bila Jimin menahan lenganku.

"Buat apa nak order luar sedangkan kat depan saya ni lagi sedap dan segar bila dimakan."


◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Second Hero √Where stories live. Discover now