»»-15-««

300 59 71
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐



"Kalau awak nak sepak alat berharga saya sebab ajak awak ke majlis ni tanpa beritahu kewujudan bekas kekasih awak sebelum kita sampai tadi, sila sepak kat tempat lain ya. Saya takut organ dalaman saya hancur."

Jimin mendepakakan kedua tangannya dengan luas seraya memejam mata dengan erat. Nampaknya dia rela disepak.

Tapi aku tak nak walaupun niat aku memang nak buat.

"Dahlah Jimin. Saya takde masa nak bermain. Takde mood." Aku alihkan wajah ke tepi. Memandang pokok bunga yang cantik ternanam di bahagian taman halaman rumah keluarga Park.

Aku dapat dengar Jimin menghembus nafas lega.

"Ffuhh!" Jimin memeluk tubuhnya sambil merenung sisi wajahku.

"Awak masih ada hati kat dia?" Soalnya tiba-tiba.

"Pft tak." ringkas aku membalas.

"Caught in a lie."

Aku pandang tepat ke arahnya dengan muka menahan geram. "Tak okey! Saya dah buang perasaan cinta saya tu kat dalam lubang kumbahan. Kalau boleh saya taknak ingat balik si Taehi tu sebab dia dah bergumpal dengan najis yang bernama ShaeTon. Aman damailah diaorang kat sana."

Jimin memegang dadanya dengan wajah yang dramatik. "Rare nya awak ni. Samakan ex dengan benda jijik. Tak baik cakap macam tu. Sehanat mana pun ex ni, dia pernah bahagiakan kita juga tau."

Aku terdiam seketika. Ya, Taehyung tak pernah lelah melayan karenah aku dulu. Tinggikan suara? Lagilah tak. Semua yang aku nak, dia akan usaha untuk dapatkannya.

Haih, ke aku yang jahat sangat?

Tapi tindakan Taehyung yang tidak melawan kata-kata puan Kim tu, cukup buatkan aku sakit hati.

Dia cuma diam, langsung tak pertahankan hubungan kami. Jadi sekarang siapa yang cepat mengalah?
Taehyung, bukan aku.

Melainkan ada seseorang yang memaksa Taehyung untuk berkahwin dengan gadis lain hmm.

"Dahlah, jom masuk dalam. Kita borak-borak dengan parents saya."

"Awak hantar saya balik terus, boleh? Saya rasa macam tak sedap badanlah." Aku membuat muka lesu yang dibuat-buat.

Bukan aku taknak bergaul mesra dengan keluarga Park tapi aku memang takde mood lepas kejadian di meja makan tadi. Penangan ayat puan Kim masih terkesan kat aku sampai sekarang. Aih, maafkan aku Jimin.

Spontan, kedua belah pipiku ditekup dengan tapak tangan Jimin. Aku rasa muka aku dah tenggelam masuk dalam.

"Tak panas pun." Komennya dengan mata yang mengecil.

"O--HOKS! ACHUM! HOHOKRKURKURKUR----HIKS!" Harap lakonan aku menjadi.

"Aigoo teruk sangat ni. Okeylah saya hantar awak balik."

Bibirku terus mengukir senyum lebar.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐


Esok paginya, aku betul-betul sakit. Demam, terlantar atas katil sejak semalam. Adalah ini balasan aku sebab tipu Jimin? Aku menyesal, isk.

"Aeryl?"

Mataku yang kuyu terus terbuka sedikit mengejut. Wajah Jimin terpacul di muka pintu dengan sedulang makanan serta ubat-ubatan kecil.

Aku membetulkan posisi duduk dengan selesa. Jimin pula sudah masuk ke dalam dan duduk di tepi birai katil.

"Macam mana awak boleh masuk rumah saya ni?"

"Lupa lah tu, kan semalam masa saya hantar awak balik saya ada minta kunci pendua. Senang saya datang nak jenguk awak nanti."

Eh ye ke? Entahlah, aku malas nak ingat hal semalam.

"Masih panas lagi ni." Tapak tangannya melekap hangat di dahiku beberapa saat. Aku sekadar mengumam malas dengan mata sedikit menyepet.

"Nah, saya belikan awak spaghetti. Makanlah sikit, isi perut."

"Eo? Bukan orang sakit selalu makan bubur je ke?" keningku bertaut pelik.

Jimin tergelak kecil. "Cliche sangat lah bubur tu. Cerita kita ni unik, tu sebab saya ubah cara pemakanan orang sakit macam awak ni. Takdelah orang bosan nak baca, kan?"

"Hmmm, letak jelah kat atas meja tu. Saya takde selera." Tolak aku dengan sopan.

"Aeryl~~~"

Baiklah, hanya secalit senyuman aku sudah tewas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Baiklah, hanya secalit senyuman aku sudah tewas.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐




























Second Hero √Where stories live. Discover now