»»-12-««

258 53 31
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





━━━━━ ▣ ━━━━━


"Macam mana semalam? Best tak dating dengan bakal suami kamu?" Soal Puan Kim merangkap bakal ibu mertua. Shae In memandang wajah Taehyung yang duduk bertentangan dengannya.

Lelaki itu tidak mempamerkan apa-apa reaksi. Dia lebih fokus bermain dengan telefon pintar. Shae In kemudiannya mengukir senyum simpul kepada Puan Kim.

"Okey je eomma. Taehyung ajak saya tengok wayang semalam." Balas Shae In. Dalam hati ingin sahaja dia memberitahu layanan kasar Taehyung terhadap dirinya.

Tapi bila diingat kembali, yang lepas tu lepaslah. Dia tidak mahu keruhkan keadaan.

Puan Kim tersenyum lebar. "Haa lega eomma dengar. Malam nanti, Taehyung dengan Shae In ikut eomma ya? Kawan eomma ada buat majlis ulang tahun perkahwinan dia dengan suami. Ala Puan Park dengan Tuan Park, Taehyung kenal kan?" Bahu Taehyung dicuit sedikit.

Taehyung mengumam malas sambil mengangguk. "Hurmm.. Dah tua-tua pun masih nak celebrate."

Peha anak lelakinya dicubit kuat. "Eomma jealous tengok keluarga Puan Park tu, yelah bahagia je. Eomma ni dahlah janda anak satu, aih." Keluh Puan Kim.

"Eomma jangan mengada nak kahwin lagi. Taehyung ada untuk jaga eomma." Biarpun nadanya dingin namun setiap perkataan yang keluar mempunyai maksud yang mendalam.

Puan Kim terharu, begitu juga dengan Shae In. Gadis itu tersenyum dalam diam. Dia yakin Taehyung seorang yang penyayang. Mungkin lepas mereka kahwin nanti, hubungan yang pahit ini akan berubah kepada manis.

Masa yang menentukan dan itu yang Shae In harapkan.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Jimin 🍙

Malam ni datang rumah saya.

Pakai cantik-cantik.

????

Nak buat apa datang sana?

Malas lah.

Jumpa bakal mertua
awak lah.

Taknak ke?

Second Hero √Where stories live. Discover now