◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐
Jimin 🍙
Haii
Dah mandi ke?
-_-#
Takde soalan lagi ke
nak tanya?Dasar miang!
???
Salah ke saya tanya jika
seseorang itu telah
membersihkan seluruh
tubuhnya agar tidak
dijangkiti dengan sebarang
kuman?
Aku mengerutkan dahi membaca pesanan daripada Jimin. Malas nak balas, aku terus matikan telefon dan letak di atas meja. Hubungan aku dengan Jimin tidak adalah rapat mana.
Cuma semenjak dua menjak ni Jimin terlalu kerap menghantar pesanan. Setiap kali dia akan tanya khabar, sihat ke tidak? Dah makan ke belum?
Rasa macam Jimin ni teman lelaki aku pula.
Tapi aku hargai semua pesanannya. Aku cuma menganggap itu perkara biasa sahaja di mana seorang kawan mengambil berat tentang kawannya. Macam situasi aku dan Jimin sekarang ni lah.
Aku menggeleng kepala berkali-kali. Membuang perasaan yang asyik bersangka bukan-bukan.
Tok tok tok!
Aku terus melangkah ke pintu utama. Tanpa banyak fikir, aku terus membukanya. Mataku terkebil-kebil melihat Jimin yang sedang berdiri dengan bibir yang sudah mencebik ke depan. Kedua tangannya disilang ke dada.
"Bagus sangat lah tu seen chat orang."
Aku ternganga sedikit. Macam mana dia tahu rumah aku kat sini?
"Puan Hwa yang bagitahu saya rumah awak kat mana, so saya datanglah."
Okey, aku mula rasa seram sejuk.
"Aeryl! Eee saya tengah merajuk kot,takkan tak nampak?" Pipiku ditolak kasar dengan tapak tangan Jimin sehingga wajahku terteleng ke tepi.
Nampaknya kau main kasar dengan aku, Park Jimin.
Tanpa amaran, kakiku terus menyepak benda sulitnya.
BUK!
Dan tak sangka sepakkan aku begitu kuat sehingga menyebabkan Jimin jatuh pengsan tidak sedarkan diri.
~•~
"Kecederaan yang tak begitu serius. Lebam sikit je." Usai melihat keadaan Jimin, Seokjin merangkap doktor dan sepupuku terus mengemas briefcase miliknya, kemudian dia mengatur langkah ke arahku.
Aku mengetap bibir rapat sambil mengerling sekilas tubuh Jimin yang belum sedar di atas katil tetamu. Nasib baik rumah aku ni ada bilik kosong, bolehlah tumpangkan dia sekejap.
Seokjin berdiri di hadapanku dengan mata yang mengecil.
"Korang game kuat sangat ke sampai dia terpengsan bagai ni?"
"Heol! Boleh pula kau fikir macam tu. Sebenarnya, aku tersepak tut dia tadi, siapa suruh tolak pipi aku hah kan dah kena. Kau tahu kan pantang aku bila orang main pipi ni." Balasku dengan geram.
Seokjin mengangguk faham sambil tergelak ikhlas tak ikhlas. "HA HA HA! Kalau Taehyung tahu ni, mampos---"
Ayat Seokjin tergantung bila riak wajahku berubah mendung. Aku melepaskan keluhan kecil sebelum bahuku digosok oleh Seokjin.
"W-weh aku ada salah cakap ke?" Soalnya risau.
Aku menggeleng. "Uhm tak. Aku... Dah putus dengan Taehyung."
Mata Seokjin membulat besar. Mulutnya ditekup ala dramatik.
"Kenapa?! Apa jadi?! Aduh masalah lah Taehyung ni, bagitahu aku apa yang dia dah buat kat kau?"
Aku memeluk tubuh sambil menyandarkan belakang tubuh ke dinding. "Takde salah sesiapa pun. Taehyung dah nak kahwin dengan orang lain, yang aku tahu perempuan tu menantu pilihan eomma dia." Terangku ringkas.
"Dengan siapa?"
"Shae... Shae Meon? Shae Tan? Aku tak tahu, lupa. Dahlah, malas nak fikir. Lagipun aku dah boleh lupakan hal tu." Ujarku dengan pasrah.
Tapi tak semua, kenangan aku dan Taehyung.... Takkanlah aku boleh lupa secepat tu. Mesti kena ambil masa yang lama.
"Takpelah, aku simpati dengan kau. Kau jangan sedih-sedih eh, lagipun kau dah ada pengganti Taehyung, kan?"
Aku mengerut dahi. "Bila masa?"
"Ughh---s-sakit."
Aku menoleh ke arah Jimin yang separuh sedar itu. Kemudian, aku pandang Seokjin yang sudah mengangkat-angkat kening; mengusikku.
"Dia lah hero baru kau."
◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐
YOU ARE READING
Second Hero √
Fanfiction» We are met with a beautiful destiny. PARK JIMIN MALAY FANFICTION | 2020 @sevtaend Beautiful gif banner by; @ppiyyaa Beautiful cover by : @-zhongc