"Saya rasa ini jalan terbaik untuk kita berdua, Taehyung. Kahwin dengan menantu pilihan eomma awak, jangan hampakan niat dia."
"T-tapi saya sayang dan cintakanawak.."
"Jangan cari saya lagi, saya tak perlukan awak. Semoga awak bahagia, Taehyung. Maafkan saya."
Tit. Panggilan aku matikan. Tetapi Taehyung masih menghubungiku. Aku biarkan sahaja. Aku memeluk lututku rapat ke dada.
Aku tewas. Air mataku jatuh juga.
Saya tak minta pun semua ni tapikeadaan tak mengizinkanuntuk kita terusbersama. Saya taknakkecewakan mana-mana pihakterutamasekalieommaawak.
Maafkan saya.
~•~
Esok paginya, aku bangun dan terus mencuci, menggosok gigi di bilik air. Selesai, aku berjalan keluar menuju ke kedai bakeri yang terletak tidak jauh dari rumahku.
Mataku begitu kuyu dan sudah semestinya ada kesan lingkaran hitam akibat menangis sepanjang malam semalam.
Dengan penampilan aku yang hanya memakai pajamas tidur sebegini, ah lantak lah. Bakeri tu dekat je, beberapa tapak sampailah.
Aku terus masuk ke dalam. Memandangkan masih awal pagi, tidak seorang pun yang datang ke sini. Aku terus mengambil beberapa bun dan air untuk sarapan pagi nanti.
Memang selalu aku datang ke sini, dan hubungan aku dengan Puan Hwa iaitu pemilik bakeri ini pun akrab dan rapat kepadaku.
Aku membawa makanan tadi lalu letak di atas kaunter. Puan Hwa tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Tangannya pula memasukkan roti-roti tadi ke dalam plastik.
"Kamu ni tak berubah dari dulu, suka sangat datang dengan pakaian macam tu. Mesti Aeryl baru bangun, kan?" Puan Hwa menghulurkan plastik tadi ke arahku dan aku menyambutnya dengan sengihan di bibir.
"Eheheh comel kan pajamas Aeryl ni?" Aku menari ke kiri dan ke kanan di hadapan Puan Hwa dan kami berdua berkongsi gelak. Hurm, terubat jugaklah rasa sakit hati aku semalam dengan berlawak jenaka bersama Puan Hwa sekejap.
"Ada-ada je kamu ni. Haa semuanya 10 won."
Aku terdiam. Kejap, aku ada bawa duit ke sebelum keluar dari rumah tadi?
Tidak lama selepas itu, aku menepuk dahi. "Alamak, makcik.. Saya lupa nak bawak duit lah hiks macam mana ni dahlah saya malas nak ulang alik ke sini huhu laparlah----" Sekali lagi aku menari ke kiri dan ke kanan dengan pinggul yang turut mengikut rentak.
Tiba-tiba ada satu tangan meletakkan duit di atas kaunter hadapanku. Aku menginjak ke tepi sedikit apabila bahu seseorang ini hampir berlaga dengan bahuku.
"Bayarkan sekali dengan budak perempuan baju pajama comel ni ya, makcik." Katanya dengan sopan.
Kenapa aku rasa macam pernah dengar suara ni?
Perlahan aku menoleh ke arahnya dan mata kami bertembung. Jantungku berdegup laju.
"Hai Aeryl. Pandai awak menari tadi. Comel. Cuba menari sekali lagi."