5

127 34 16
                                    


Caramel Macchiato

___

"hwaaa"

hyunmi memusingkan tubuhnya berkali kali dan menghempaskan dirinya ke atas sofa.

setelah pulang dari karoke, hyunmi mengajak jeonghan untuk minum soju dan beer. tetapi dia seorang sahaja yang mabuk, jeonghan hanya minum segelas dua memandangkan dia perlu memandu.

"hannie yaa~"

hyunmi berjalan ke arah jeonghan yang sedang menuang air. "nah minum" jeonghan menghulurkan segelas air putih kepada hyunmi.

dia meneguk air tersebut dan memberikan semula gelas kepada jeonghan setelah air tersebut habis.

"hannie" hyunmi memeluk lengan jeonghan. "kau nak apa hyun" kata jeonghan, dia hanya membiarkan hyunmi memeluk lengannya.

hyunmi kemudian menyandarkan kepalanya di lengan jeonghan.

"honey" panggil hyunmi lagi. "ye hyunmi" jeonghan menyahut. dia menyangka hyunmi memanggilnya.

"eo? honey, hannie..hwaa" jeonghan mengerutkan dahinya. apa benda tah perempuan ni merepek.

"dah la hyun, masuk tidur" kata jeonghan. "ehm shireo. nak honey" kata hyunmi. "ye aku ada. jom masuk tidur" jeonghan cuba memujuk hyunmi.

"aniya! jeonghan aniya!" kata hyunmi. dia kemudian tiba tiba menangis.

"jom, esok kau ada kelas kan" malas mahu melayan perangai hyunmi, dia menarik tangan hyunmi.

"emm" hyunmi rebah, dia pengsan. mujur jeonghan sempat merangkul pinggang hyunmi. "hish kau ni. berapa botol kau teguk hah?!" jeonghan mula membebel seorang diri.

dia mengangkat tubuh kecil hyunmi dan naik ke tingkat atas, dia membuka bilik hyunmi dan perlahan lahan meletakkan tubuhnya ke atas katil.

penghawa dingin dibuka. tubuh hyunmi kemudian di selimutkan.

jeonghan duduk di atas katil dan merenung wajah hyunmi. kepala hyunmi diusap.

"kenapa lah aku sayang perempuan senget macam kau ni" kata jeonghan.

jeonghan menapak keluar daripada bilik hyunmi setelah menutup lampu. jeonghan turun ke bawah dan ternampak sling bag milik hyunmi di atas sofa.

"pandai pandai dia lah ambil esok" kata jeonghan. jam sudah menunjukkan angka 1:05 pagi. kelas dia mula pada pukul 9 pagi di siang hari. mengantuk !

jeonghan masuk ke dalam biliknya dan membaringkan tubuhnya ke atas katil. malas mahu membersihkan diri.

. . .

"hwargh!" hyunmi menggeliat. dia baru bangun daripada tidur. untung sahaja dia hanya ada satu kelas pada pukul 12.

hyunmi mengikat rambutnya sanggul dan masuk ke dalam bilik air.

setelah selesai mencuci muka dan memberus gigi, dia keluar daripada tandas.

pintu bilik dibuka lalu kaki berjalan turun ke bawah.

sunyi.

jeonghan dah pergi kelas.

matanya terpandang sling bag miliknya di atas sofa. hyunmi hanya memandang sekilas dan menuju ke dapur. tahulah dia bahawa barang barang berharga miliknya berada di atas sofa.

caramel macchiato • yjhWhere stories live. Discover now