" Saya rasakan inilah yang terbaik untuk awak..."............................................................................................................................
Senyap sunyi suasana di saat ini. Aku tak tahu akan mengapa saat ini terasa seperti sangat diam dan dalam perpustakaan, hatta dalam perpustakaan sendiri boleh kedengaran bunyi tapak kaki, mesin berfungsi, kipas berpusing dan sebagainya. Namun, ia tidak sama dengan suasana yang aku alami sekarang.
Berpeluh aku satu badan, menggigil aku walaupun tidak menepati dengan situasi sewaktu ini. Kenapa Tuhan? Kenapa aku begini... menjerit aku dalam hati seperti letusnya gunung berapi dah lavarnya keluar mengelegak.
Lagu shipyards mula dipasang oleh aku untuk menambah rasa bunyi pada situasi ini. Aku hanya melihat siling dan mula hilang ke alam mimpi.
" But if you could see me now, I hope that I'm making you proud"
Sepotong ayat ini hanya boleh aku ingat dan berharap selepas lebih 8 tahun ibu dan ayah aku telah pergi meninggalkan aku sendiri. Aku tiada sokongan moral dan tempat untuk meluahkan apa apa yang terbuku dalam perasaan ini. Abang dan kakak? Mereka Cuma hanya sekadar gelaran yang menjadi norma dalam kehidupan manusia di dunia ini.
Mungkin sebab sekarang masing masing sudah besar dan mempunyai keluarga sendiri tapi itu Cuma sekadar alasan buat orang yang ingin lari daripada silahturahim.
Benarlah apa yang dikatakan oleh orang dahulu yang disebabkan harta pusaka boleh buat seakrab mana adik beradik boleh direnggangkan dengan wang kertas.
Aku tidak menyalahkan mereka tapi inilah digelarkan dunia.
Nama aku Fit. Aku seorang yang bekerja secara freelance writer di samping menyambung pelajaran aku di sebuah kolej swasta. Apa yang aku alami setiap hari adalah berasa sangat sunyi dan seperti dunia tidak mahu menerima manusia seperti aku. Perkara ini sering terjadi selepas aku kehilangan ibu bapa aku. Biasalah the point of our life is already gone and apa purpose untuk kita stay kat dunia ini aku pun tidak pasti.
Lebih daripada sepuluh kali aku berniat untuk membunuh diri tapi aku tidak mempunyai keberanian untuk melakukannya.
Mungkin aku Cuma seorang gagal dalam hidup ini?
YOU ARE READING
Di Sebalik Pelangi
RandomDi Sebalik Pelangi adalah sebuah kisah seorang lelaki bernama Fit yang mengalami kemurungan dan ingin mencari apa maknanya kehidupan di dunia ini.