"Yeah aku minat radiohead." Jawab aku sambil menyalakan rokok. Sungguh tidak proaktif hidup aku. Dengan tak boleh tidurnya ditambah dengan rokok sudah dua batang di waktu pagi.
"Ok aku perlukan explanation tentang ni." Seperti semua orang yang pernah atau akan mengalami situasi ini. Perkara ini perlu diperjelaskan dengan lancarnya agar tidak berlaku sebarang salah faham.
"Oh.. kau chill je.. ok ah aku gerak dulu. Ada rezeki aku cerita kat kau." Wanita berambut curly bob tersebut terus pergi dan terus keluar dari rumah aku.
Aku pun terus cuba mengejar tapi dia agak jauh. Cibs...
Kalau ada rezeki kita jumpa. Ini salah satu contoh yang kau takkan jumpa orang tu buat jangka masa yang agak lama.
Tingg... notifications WhatApps aku masuk dan good news is kelas cancel seharian. Aku lega.
...........
"Bos, bagi saya burger daging special tak nak sos. " aku memberi pesanan pada brader burger yang membuka gerai burger di bawah flat.
Seharian aku hari ini memerap diri dalam bilik cuba menyelesaikan tulisan aku dalam kolum berita online. Sebagai seorang freelance writer di berita online ini, aku lebih menulis ke arah cerita cerita muzik yang bagi aku dapat memberi sedikit wang pada aku.
Apabila burger aku siap dan aku terus naik ke rumah aku. Aku lihat ada seorang wanita berambut curly bob sedang menunggu di hadapan rumah aku.
"Apa lagi yang dia nak ni." Bermain persoalan ini dalam pemikiran aku.
"Burger? Apa barang.. jom ikut aku." Wanita tersebut terus mengambil burger aku dan campaknya ke tong sampah dan menarik aku mengikutnya.
The funny thing is aku menurut sahaja malah tidak membantah.
Motor vespa helmet kura kura. Gadis tersebut membawa aku terus ke jalan utama dan menjerit....
" ARGHHHHH. This how we living our lifeeeee....."
Kami berhenti di sebuah bukit yang aku sendiri tidak tahu di mana..
"Nama aku Rania. Kau nak tahu apa sebalik pelangi ?"
Rania senyum dan memandang aku....
YOU ARE READING
Di Sebalik Pelangi
AcakDi Sebalik Pelangi adalah sebuah kisah seorang lelaki bernama Fit yang mengalami kemurungan dan ingin mencari apa maknanya kehidupan di dunia ini.