3

58 3 0
                                    

Kedengaran bunyi cengkerik yang agak kuat sewaktu angin embun malam melanda di rumah aku. Aku membuka sedikit ruang untuk tingkap agar angin tersebut masuk menyejukkan bilik tidur aku.

Mata aku masih celik terjaga. Langsung tidak mengantuk. Lapar? Aku sudah tidak tahu maknanya lapar kerana aku sudah lama hilang selera makan. Mungkin hati jiwa aku sudah hilang dalam dunia ini.

Di saat warna langit mula bertukar menjadi cerah aku terdengar bunyi tapak kaki yang makin kuat berlari lari ke kawasan hadapan pintu rumah aku. Biasalah apabila tinggal di rumah flat ini. Apa sahaja jiran kiri kanan atas bawah buat pun aku mungkin boleh mendengarnya.

KNOCK KNOCK KNOCK...

Pintu rumah aku diketuk dengan tergesa dan aku terus pergi membukanya dan seorang wanita berambut curly bob masuk terus sambil menutup mulut aku dan pintu terus ditutup. Wanita itu menunjukkan isyarat diam pada aku.

Tak lama kemudian kedengaran suara lelaki yang garau menjerit kemarahan.

"Mana sial perempuan tu. Tak guna. Kau pergi cari area sana. Aku nak bunuh dia" getus lelaki garau tersebut sambil mengarah konco konconya untuk mencari wanita tersebut.

Aku assumed mereka mencari wanita yang memecah masuk rumah aku. Technically dia tak pecah masuk sebab aku yang membuka pintu. Aku menyalakan rokok aku dan pergi mencari ashtray untuk mengetik abu rokok.

Pintu rumah aku diketuk dan aku menyuruh wanita tersebut pergi bersembunyi dalam bilik aku. Aku terus membuka pintu rumah aku

"Sorry bro ada tak perempuan lalu area sini tak." Tanya konco lelaki bersuara garau. Aku assume yang ini adalah konconya kerana mana mungkin seorang bos cari rumah ke rumah.

"Oh aku nampak dia lari ke arah sana lepas itu turun ke bawah tu." Aku menipu sambil menunjukkan arah ke sebelah bawah.

" oh terima kasih boss.." konco tersebut terus berlari ke arah yang aku tunjukkan tadi.

Pagi pagi lagi sudah kena tipu.

Di saat keadaan kembali tenang dan aku memastikan tiada lagi mereka mencari wanita tersebut. Aku terus pergi ke bilik tidur aku dan aku melihat wanita tersebut membelik koleksi album aku dan buku buku.

"Oh fans radiohead ?" Soal wanita tersebut sambil tersenyum....

.................

" siapa yang beritahu kau perempuan tu lari ke bawah.. apahal kau bodoh sangat" satu tumbukan terus ke perut konco tersebut.

"Kau tunggu perempuan. Sampai ke lubang cacing aku akan cari kau..."

Merah padam lelaki bersuara garau tersebut sambil mengenggam penumbuk....

Di Sebalik PelangiWhere stories live. Discover now