PANGGGG!!!!
Bunyi pinggan jatuh ke lantai yang semestinya berkecai kedengaran yang menjadi penyebab aku terjaga dari tidur.
Terkejut sial time ini. Jantung aku berdegup dengan laju seperti baru habis lari pecut 100 meter. Sudah menjadi kelaziman apabila tunggal di rumah flat ini. Bunyi bunyian jiran sekeliling sudah menjadi biasa bagi penghuni flat ini.
Aku melihat jam baru 6.30 pagi. Aku masih di dalam awangan lagi tapi terpaksa juga untuk bangun dan mandi demi satu travel dengan Rania. Aku hairan juga dengan motif utama Rania ini secara tiba tiba sahaja ngam semacam dengan aku.
Jangan katakan ini adalah cinta. Aku tak percaya cinta. Aku tak pernah percaya cinta itu wujud. Perasaan itu cuma sementara. Kenapa kita perlu mempunyai dan bergantung kepada benda yang sementara.
Bagi aku, dalam dunia ini tiada cinta yang kekal sesama manusia. Waimah pasangan yang bersama 30 tahun pun belum tentu mereka mempunyai perasaan yang sama sewaktu mula mula bersama. Mereka terpaksa demi anak anak ataupun sentimen orang sekeliling.
Andai kata ada orang boleh ubahkan pemikiran aku tentang cinta. Silakan. Aku yakin perkara itu akan menjadi sukar dan bertambah sulit.
Aku mencapai tuala dan teruskan aktiviti aku di bilik air...
.......
"Rania, ke mana arah tujuan travel kita?" Aku bertanya kepada Rania sewaktu kami baru sahaja meletakkan beg masing masing ke dalam kereta aku.
Lebih dua minggu aku tidak menggunakan kereta ini kerana tiada tujuan untuk aku gunakannya.
Kalau nak pergi ke mana mana pun aku lebih prefer guna motosikal kerana ia lebih mudah berbanding kereta. Tambahan pula hidup di kotaraya ini.
"Kita kan travel tiada tujuan. Kau cabut kertas dalam botol ini. Aku ada tulis tempat yang random untuk kita travel." Nampak Rania sudah prepare untuk travel ini.
Aku mencabut kertas dalam botol dan arah destinasi kami adalah Melaka.
Melaka bandar bersejarah...
"Ayuhhhh kita pergiiii....." Jerit Rania dengan begitu semangatnya..

YOU ARE READING
Di Sebalik Pelangi
RandomDi Sebalik Pelangi adalah sebuah kisah seorang lelaki bernama Fit yang mengalami kemurungan dan ingin mencari apa maknanya kehidupan di dunia ini.