"Pelangi ada tujuh lapisan warna as we know yang sangat cantik. Ia muncul selepas hujan dan at the time the view was amazing." Terang Rania pada aku.
"You know setiap pelangi ia ada cerita disebaliknya. Ia bergantung pada kita untuk mentafsirkan apa yang disebalik pelangi." Jelas Rania lagi sambil mendepakan tangannya dan menghirup udara malam yang semestinya sejuk dan segar.
"Tafsir sebalik pelangi? What do you means?" Tanya aku pada Rania.
Rania meletakkan jari ke dada aku dan berkata
"It's mean it's already in your heart. Ia bergantung pada kau nak bawa keluar or simpan as souvenir sampai mati"
Aku termenung dan memikirkan maksud Rania.
"Btw nama kau apa eh?" Tanya Rania.
"Fit....." ringkas aku..
"So Fit. Kau pernah travel without any purpose?" Tanya Rania.
"No.. aku ni membosankan. For me, a thing yang not necessary aku takkan buat."
Rania membuat muka annoyed.
"Esok kau ikut aku nak? Kalau kau tak nak aku akan jerit kat sini yang kau nak rogol aku. Ahahha. Kau kena ingat masyarakat akan percaya dan simpati pada kaum wanita lagi berbanding kaum macam kau."
Aku hanya menganggukan kepala dan aku rasa aku tak boleh membalas point Rania. Tapi aku sambung dengan ayat
"And women always right kan?"
Rania gelak dan terus menampar aku. Mungkin itu cara dia mengekpresikan dirinya.
"Jum ah Fit. Kita lepak mamak dulu. Aku teringin Teh O Ais ni. Tapi kau bawak. Tadi aku rasa macam bawak gajah je hahaha"
Kami pun terus beredar dari bukit tersebut.
...........
Setelah sampai di mamak house berdekatan dengan rumah aku. Rania membisik pada aku yang dia nak cancel lepak sebab dia ada hal mustahak.
Aku pun hanya menurut sahaja tapi sedikit dalam hati aku macam sedih kerana untuk kesekian kalinya aku kembali mula tersenyum dan pemikiran suicide aku tidak muncul lagi buat masa sekarang.
Buat masa sekarang....
......
Setelah sampai di kawasan flat rumah aku, Rania meminta telefon aku dan save number telefonnya ke dalam telefonnya.
"Aku ada save nombor aku dalam phone kau. Nanti jangan terkejut pula ada perempuan cantik call kau haha" jelas Rania.
Aku hanya mengangguk dan Rania pun meminta diri untuk pulang ke rumahnya.
Banyak lagi aku tidak tahu berkenaan Rania. But sure thing is she's happy.
Sementara aku ?
Hanya Tuhan sahaja yang tahu..
YOU ARE READING
Di Sebalik Pelangi
RandomDi Sebalik Pelangi adalah sebuah kisah seorang lelaki bernama Fit yang mengalami kemurungan dan ingin mencari apa maknanya kehidupan di dunia ini.