6

46 2 0
                                    

TING... Notification WhatApps aku masuk yang memberitahu WhatApps daripada Rania.

"See you tomorrow..."

Aku hanya menjawab "OK"

Travel without purpose. Tak pernah terlintas dalam pemikiran aku untuk membuat perkara macam ini.

Sedangkan hidup aku yang tiada purpose apatah lagi travel without purpose. Aku mencapau rokok dalam poket aku dan seperti biasa tingkap dibuka untuk peredaran udara yang segar.

To be honest aku tidak suka akan waktu aku keseorangan kerana aku akan dikuasai pemikiran separa minda. Pemikiran di mana aku rasakan aku sangat loser dan tidak ada hak untuk hidup.

Mungkin ini salah satu simptom depression?

Penat betul hidup aku ini.

........

Rania baru sahaja tiba di rumahnya. Rania menarik nafas lega kerana tidak lepak di mamak house tadi. Ini adalah kerana bekas kekasihnya berada di situ dan dia tidak mahu sebarang konflik sewaktu lepak dengan Fit di sana. Mungkin kerana bekas kekasihnya itu seorang yang panas baran.

Kalau hendak diingatkan kisah lama sudah berapa kali Rania sudah disepak terajang oleh bekas kekasihnya itu.

Nasib baik Rania berjaya lepaskan diri daripada bekas kekasihnya tersebut.

Rania mengambil buku nota yang berada di atas mejanya dan menulis perkataan "Fit".

Sambil tersenyum mengingat kembali peristiwa pecah masuk pintu rumah Fit.

"See you tomorrow" Rania menghantar text WhatApps kepada Fit.

.....

Cahaya matahari mula timbulkan suasana yang nyaman di waktu pagi. Udara di waktu pagi merupakan udara yang paling segar daripada segala waktu. Rania sedang mengemas begnya untuk travel without purpose bersama Fit. Kucing dalam rumahnya juga sudah diberi bekalan makanan yang mencukupi.

" Beb, nanti tolong jagakan Meow aku ya. Aku ada trip dua ke tiga hari ni." Minta Rania pada housematenya. Rania tinggal bersama dengan housematenya yang dia ajak duduk sekali dengannya sewaktu mereka ada seminar di sebuah hotel di pusat bandaraya.

Rania merupakan seorang anak kepada Dato Hisham yang sangat terkenal dengan reputasi jutawan Bumiputera yang berjaya. Tapi Rania tidak suka akan sektor koporat ayahnya. Baginya kerjaya seperti ayahnya merupakan kerjaya yang akan menemui orang yang tidak ikhlas sanggup menikam sesama mereka.

So, Rania decide untuk kejar masa hadapannya sendiri dan perkara telah ditentang oleh ayahnya namun hasil perbincangan mereka. Mereka mencapai kata sepakat di mana Rania diberi masa 10 tahun untuk kejar masa hadapannya dan jika tidak berjaya, Rania perlu masuk ke dalam dunia korporat semula.

Motor Vespa Rania telah dihidupkan dan perjalanan beliau ke rumah Fit bermula...

Di Sebalik PelangiWhere stories live. Discover now