" Aku rasa aku ada depressionlah Ben." Ujar aku sambil berjalan kaki di koridor kolej swasta."kau agak agaklah, depression tu mana wujud. Kau ni tiada pegangan agama yang kuat. Itu yang syaitan merasuk hati kau." Ben terus menolak ujaran aku sambil menggelengkan kepala.
Aku hanya terdiam lalu kami terus masuk ke dalam kelas.
To be honest sewaktu dalam kelas tersebut aku langsung tidak memberi perhatian dan aku hanya menghadap telefon aku dan search pasal depression.
Nampak macam sama apa yang ditulis dalam artikel depression dengan apa yang aku alami sekarang ini.
Habis sahaja kelas aku terus pergi ke kereta aku dan terus ke klinik berdekatan untuk mengambil ubat atas nasihat yang aku baca artikel depression tersebut.
" ya adik boleh akak bantu?" Customer service di hadapan klinik ini serve aku sambil mata lihat di telefon.
Mungkin muka aku dalam telefon itu. Aku cuba berfikiran positif.
" saya ada depression kak," ringkas jawapan aku.
" ah kau.. jangan menipulah. Aku tengok kau sihat walafiat ja. Tak ada demam kea pa. Kau pergi balik. Ini mesti nak mintak dadah dari sini. Tak guna." Berterusan aku ditarbiah oleh kakak customer service dan aku terus beredar kerana dalam klinik itu ada dua tiga lagi orang yang menyokong apa yang dilakukan oleh kakak itu.
Benarlah kata orang dahulu, manusia pandang pada luaran dan tidak dalaman. Contoh macam aku alami tadi.
"kan senang kalau depression ini boleh Nampak pada luaran manusia" getus aku dalam hati.
Aku pun pulang ke rumah sambil memikirkan cara yang terbaik untuk aku at least kurangkan depression ini.
Setelah sampai di rumah aku membuka tingkap untuk memastikan ruang pengudaraan dalam rumah aku berjalan lancar. Aku mengambil rokok seludup dalam poket aku untuk aku cuba menenangkan hari aku yang macam sial pada hari ini.
Sewaktu aku sedang dalam mood merokok ini aku terdengar bunyi orang gelak bising di sekitar kejiranan rumah aku.
Andailah aku boleh bergaul dan happy seperti mereka yang normal.
Aku aneh ke? Persoalan itu bermain dalam pemikiran aku.......

YOU ARE READING
Di Sebalik Pelangi
RandomDi Sebalik Pelangi adalah sebuah kisah seorang lelaki bernama Fit yang mengalami kemurungan dan ingin mencari apa maknanya kehidupan di dunia ini.