Last Ramadhan
Fuhhh...
Penatnya.
Sepuluh minit jalan kaki datang sini. Semua salah Wafi. Dia yang beria nak jalan kaki.
Katanya bukannya jauh sangat setakat sepuluh minit tu.
Amboi. Stamina dia kuat bolehlah. Hari-hari naik gym rumah. Aku ni duduk bercangkul depan rumah je.
Entah-entah dia tipu je tak yang dia penat?
Lama berjalan, akhirnya batang khemah bazaar pun kelihatan.
Mulalah pelbagai bau menerjah. Semua suara penjual kedengaran.
"Awak." Panggil Wafi dari belakang. Langkah kami terhenti. Aku pandang dia atas bawah.
"Apa?" Tanyaku. Dia memandang ke arah bazaar. Aku pun turutkan.
"Kenapa datang sini?" Tanyanya. Aku tersenyum.
"Kenapa?"
"Alaaaa...Bau dekat sini kuat sangatlah. Nanti saya takut saya terbuka." Terang Wafi. Aku gelak besar.
Ya Tuhan!
Abe Kook weyh, seriously ni awak? Lelaki yang berumur 22 tahun?
"Abang, ni namanya bazaar. Bukan tempat berbuka. Sini kita nak beli makanan untuk berbuka."
"Awak dengan mama tak masak ke?" Tanya anak Jeon. Tangannya makin erat menggenggam jemari aku.
"Masak. Tapi tak sempat nak buat kuih, air semua tu."
Aku tarik tanggannya menuju ke pintu masuk bazaar.
"So, awak kena teman saya shopping makanan hari ni. Dan hari-hari seterusnya."
Kaki dah melangkah ke dalam deretan bazaar.
Fuhhhh...
Bau dia. Mengancam. Nasib iman kukuh lagi.
Ayam golek sebelah kiri.
Sate bakar sebelah kanan.
Jalan lagi.
Nasi kerabu sebelah kanan.
Air bungkus sebelah kiri.
"Awak! Saya tak tahanlah!" Marah Wafi. Akhirnya aku tergelak. Kami berhenti di hadapan sebuah gerai yang menjual air bungkus.
Aku nampak air favourite Wafi.
"Bang, air tu dua ikat ya." Pesanku. Wajah Wafi yang cemberut aku pandang.
Tak padan dengan umur. Benda macam ni pun nak merajuk.
Selepas membuat bayaran, aku hulurkan air itu kepada Wafi.
"Nah. Bawakan." Ujarku. Wafi hanya mencapai plastik tersebut dan memandang ke tempat lain.
Ohhh. Tak nak pandang muka saya ya. Takpe. Kita tengok. Sejauh mana awak boleh pergi.
"Nanti air bandung tu saya punya seorang tau. Awak jangan minum."
"Bandung?" Tanya Wafi. Saat itu, barulah air di tangan dia pandang.
"Sayang. Dua ikat kot. Takkan awak punya semua."
Dia mengejar langkahku yang sudah mula giat menjalankan proses membeli.
"Ya. Saya sorang."
"Gemuklah nanti."
"Biarlah. Saya kurus pun, belum tentu awak nak pandang." Rajukku. Saje nak sakat anak Jeon seorang ni.
"Saya sayang awak seorang je." Kata Wafi. Aku tersenyum. Penjual yang tengah kira baki pun tersenyum dengar ayat Wafi.
"Encik Wafi, awak tak malu ke mengaku sekarang?"
YOU ARE READING
[C] LAST RAMADHAN | JJK
Fanfiction"Kalaulah masa boleh diulang. Saya akan pergi cari awak dalam masa itu."