Last Ramadhan
Pejam, celik. Pejam, celik.
Dah lapan bulan aku tinggal di rumah ini sendiri. Bersama benih yang dia tanam dalam rahim aku. Tinggal sebulan sahaja lagi sebelum fetus ini melihat dunia.
Aku selalu terfikir.
Nanti kalau dia dah keluar? Dia tanya tak siapa ayah dia?
Dia tanya tak mana ayah dia?
Dia tanya tak kenapa ayah tak jenguk dia?
Soalan-soalan tu kerap bermain dalam kepala.
Haihlah fetus, harap awak tak macam ibu awak ni. Curiosity melebih.
Bingkai gambar di atas meja lampu aku capai. Wajah kami yang baru sahaja naik pelamin diperhati.
Lelaki itu. Aku rindu dia.
Sangat.
Entah kenapa, aku selalu rasa usaha aku untuk dapatkan dia sebelum dia masuk Islam semuanya sia-sia.
Mungkin sebab dia pergi lebih awal dari aku.
Atau mungkin kerana aku belum boleh terima dia dah tiada.
Tuhan, kalaulah masa ini boleh diputarkan kembali.
Aku ingin pulang di saat kami bersama-sama menikmati betapa Islam ini indah.
Aku nak jumpa dia semula. Nak cakap dekat dia yang aku rindu dia sangat.
Nak cakap pada dia yang dialah suami terbaik aku pernah ada. Dan aku takkan pernah cari ganti. Tak sebagaimana yang dia mahu.
Tolong aku tuhan.
Kembalikan masa itu.
Bingkai gambar aku kembalikan ke atas meja. Lampu ditutup.
Malam ini, aku perlu tidur awal.
Esok nak sahur.
Esok hari pertama aku puasa tanpa teman.
Entah mampu atau tidak.
Takpe.
Pesan anak Jeon aku genggam erat.
"Selagi awak mampu, puasalah. Teman saya. Kita sama-sama masuk syurga."
"Anak Jeon, saya rindu awak sangat-sangat."
YOU ARE READING
[C] LAST RAMADHAN | JJK
Fanfiction"Kalaulah masa boleh diulang. Saya akan pergi cari awak dalam masa itu."