Last Ramadhan
"Wafi!"
Aku bangkit dari tidur.
Astagfirullahalazim.
Aku mimpi dia lagi.
Lampu tidur aku buka. Rambut aku raup ke belakang.
"Wafi." Rintihku.
Segala memoriku bersamanya kembali bermain di dalam fikiran.
Kenapa aku mimpi balik semuanya?
Ya Tuhan, apa yang kau nak tunjukkan ni?
Tangan menolak selimut yang menyelimuti tubuh. Kaki melangkah ke tandas.
Aku perlukan wudhu.
"Kalau mimpi buruk, ambil wudhu. Allah akan teman."
Wafi.
Aku rindu kau.
Anak Jeon, atas nama tuhan, aku rindu kau.
Wudhu aku ambil pernuh tertib.
Dengan perut yang besar ini, sangat menyusahkan untuk aku mengambil wudhu secara berdiri.
Aku kembali ke katil. Jam yang terletak di atas meja lampu aku capai.
4.30 a.m.
Aku patut tahajud.
Wafi mesti suka.
Allah mesti sayang.
Tapi.
Aku tak kuat.
Nak berdiri sekarang pun dah susah.
Apatah lagi nak solat?
Memang ada tinggalkan kerusi.
Tapi,
"Takde tapi-tapi. Kalau betul nak. Awak kena usaha sampai mampu."
Suara anak Jeon kembali menerpa.
Ya.
Aku kena buat juga.
Fetus ibu jangan kacau ya. Tidur elok-elok dalam tu. Ibu nak solat sekejap. Lepas tu kita makan. Sahur sama-sama.
Air mataku mengalir.
Kalau ada Wafi, mesti dia dah usap perut ni.
Mesti dia dah bacakan doa bangun tidur untuk aku.
Mesti dia tolong aku pakai telekung.
Ya Tuhan, aku hambamu yang lemah kerana seorang hambamu, aku menangis tanpa henti. Maafkan aku.
Telekung aku pakaikan ke wajah.
Sejadah aku bentang ala kadar.
Kerusi aku tarik biar rapat.
Takbir aku angkat.
Tenangkan hati aku yang berduka ini.
Solat sunat dua rakaat pada pagi yang hening itu, aku tamatkan dengan sujud yang lama.
Lama sangat.
Tanpa aku sedar, air mataku mengalir.
Maaf Wafi. Saya tak sempat nak tengok anak kita. Saya mungkir janji. Biarlah saya ikut awak.
Aku bangun dari tunduk.
Jasad sendiri yang sedang tunduk bersujud aku pandang sepi.
Perutku kempis.
Kosong.
"Zahrah Khalidah." Panggil satu suara.
Aku palingkan kepala.
"Wafi." Sebutku.
Wajahnya suci.
Tubuhnya tersarung dengan jubah putih.
"Jom. Kita menghadap Allah yang satu." Ajak Wafi.
Tangannya aku raih.
Kami pergi meninggalkan jasadku sendiri di dalam rumah yang sunyi.
Semoga ada yang menemukanmu, wahai Zahrah Khalidah.
YOU ARE READING
[C] LAST RAMADHAN | JJK
Fanfiction"Kalaulah masa boleh diulang. Saya akan pergi cari awak dalam masa itu."