12; GUGUR

81 18 0
                                    

Last Ramadhan

Jemariku ligat mengumpul rambut-rambut yang berguguran di atas bantal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jemariku ligat mengumpul rambut-rambut yang berguguran di atas bantal.

Rambut yang pendek.

Rambut warna coklat kehitaman.

Rambut yang banyak.

Rambut milik Wafi.

Tak lama dah. Aku kena selalu ingatkan diri. Aku kena selalu bersedia. Kiraan hospital mungkin jangkaan. Tapi Tuhan lebih mengetahui.

Bila-bila masa sahaja dia boleh ambil Wafi dari aku. Dan ketika itu, aku tak boleh nangis. Sebab Wafi tak suka tengok aku nangis.

Bila teringatkan yang Wafi dah tak lama, aku baru sedar.

Puasa Wafi dah habis ganti.

Dah habis sejak dua minggu lepas lagi.

Alhamdulillah sepanjang tempoh dia ganti puasa, Wafi tak apa-apa.

Tapi semalam doktor ada call.

Mereka kata, mungkin penyakit Wafi dah semakin parah.

Ya Tuhan, aku sayang anak Jeon tu.

"Sayang? Buat apa tu?" Tanya Wafi. Dia baru siap mandi.

Aku terus bangkit dari duduk. Rambut dalam tangan aku genggam kuat.

"Kutip rambut. Semalam tidur banyak sangat gugur. Maaflah." Ucapku.

Aku tak nak dia tahu ni rambut dia.

"Lahhh, lain kali pakailah shampoo yang sesuai." Pesan Wafi.

Aku hanya mengangguk. Rambut di dalam genggaman aku buang ke dalam sinki. Air aku alirkan.

Wafi, awak nak saya tukar shampoo awak ke? Biar awak tak pergi?

"Sayang." Panggil Wafi.

Aku yang tengah ambilkan baju Wafi menoleh. Dia menghampiriku dengan tubuh yang hanya bertuala putih di pinggang.

Wafi. Walaupun badan awak makin kurus, awak masih kacak dan kesayangan saya.

"Kenapa?"

"Thank you." Ucapnya seraya memelukku dari belakang. Bauan mint daripada shampoo miliknya memenuhi ruang hidungku.

Aku akan rindukan bau ini.

Aku akan rindukan pelukan ini.

"Untuk apa?"

"Untuk semalam. Untuk semua selama ni."

Tengukku dia kucup lama.

Ya Tuhan. Aku tak kuat.

"Saya harap, Allah kurniakan kita rezeki yang banyak." Pintanya. Aku hanya mampu mengangguk. Air mata mengalir.

Entah kenapa, aku rasa diri ini tidak layak untuknya.

Aku rasa, dia patut ada dengan aku.

Aku harap, Allah letak dia dalam kalangan yang peroleh syurga.

Zahrah, tak baik sentiasa menganggap Wafi akan mati. Dia masih hidup. Jalani masa-masa yang ada dengan dia. Nikmati.

Saya akan buat awak rasa, awak tinggalkan dunia ni tanpa penyesalan.

"Awak. Apa benda yang paling awak nak?" Tanyaku. Tubuh dipusingkan. Wafi berfikir sejenak. Tak lama kemudian, dia tersenyum nakal.

"Nak awak. Nak anak. Nak family."

Wafi ni. Kita punyalah serius, dia boleh memain pula.

Ni yang makin sayang.

[C] LAST RAMADHAN | JJKWhere stories live. Discover now