14; TERAKHIR

93 17 2
                                    

Last Ramadhan


Wayar-wayar yang bersambung ke tubuh dah pun dicabut.

Miracle.

Aku tersenyum lagi.

Tersenyum lagi.

Tak reti penat. Aku senyum lagi dan lagi.

Wajah Wafi aku pandang.

Sayang saya dah boleh balik.

"Jom." Ajakku. Tangannya aku raih.

Berkat pemilihan Wafi untuk mendapatkan rawatan, penyakitnya beransur baik.

Mungkin Wafi betul. Aku patut beritahu dia awal-awal. Biar penyakit dia cepat sembuh. Sangkaanku salah. Selama ni aku fikir dia memang akan benar-benar pergi.

Tapi tak.

Dia masih ada untuk aku.

Untuk anak kami.

"Awak. Harini birthday saya." Ujar Wafi. Aku memandangnya dengan senyuman. Dia turut tersenyum kepadaku.

Aku tak lupa.

Aku nak buat suprise.

Tak sangka dia ingatkan pula.

"Awak nak apa?" Tanyaku lembut. Dia meletakkan beg pakaiannya selama di hospital ke dalam bonet kereta.

Birthday dia kali ni, biar aku tolong.

"Saya nak makan aiskrim. Saya nak pergi tempat kita mula-mula dating dulu. Boleh?"

Aku memandang Wafi.

Pelik.

Setahu aku dia tak suka pergi situ.

"Awak nak buat apa?"

"Please. Saya rindu kenangan kita."

Aku mengeluh kecil. Tak nak kecewakan dia, aku mengangguk.

Pintu kereta aku buka. Menunggu Wafi yang pergi membayar tiket.

Alhamdulillah, Tuhan perkenankan doaku.

Kini, aku sedar salah aku. Aku harap kami boleh kekal sampai mati.

Takkan ada yang lebih baik daripada bersama Wafi sampai hujung hayat.

Tengok tu.

Cara jalan dia.

Cara dia pandang kiri kanan sebelum melintas.

Semua sempurna.

Mataku tetap melihat ke arah Wafi yang sibuk melihat ke arah seorang kanak-kanak.

Aku tahu.

Kejap lagi mesti dia tolong budak tu.

Wafi melangkah ke arah kanak-kanak itu.

Mataku menangkap imej sebuah kereta yang dipanju laju.

Kau patut perlahankan kereta kau, wahai pemandu. Entah apa yang akan jadi selepas ini.

Mata kembali melihat ke arah Wafi. Dia dah sampai dekat budak tu.

Apa dia buat tu?

Ahhh...

Ada barang jatuh.

Baiknya kau Wafi.




Ponnnnn....





Bunyi hon kereta menggamit perhatianku.

Kereta tadi menuju ke arah Wafi dan kanak-kanak itu.

Wafi nampak kereta tu. Dia cuba bangun dan menarik kanak-kanak itu.

Tak. Wafi. Pergi dari situ.

Pintu kereta aku buka dari dalam. Kaki terus berlari ke arah Wafi.

"Wafi! Bangun! Ada kereta!" Jeritku.

Cepatlah sikit kaki. Cepatlah sampai pada Wafi.




Bang...



Langkahku terhenti. Aku jatuh ke jalan. Air mata turut mengalir.

Darah bersepah di atas jalan.

Kereta tadi dah terhenti.

Bayangan tubuh Wafi hilang.

Yang ada hanyalah kanak-kanak yang Wafi tolong.

Menangis di tepi jalan.

Wafi, aku.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian. Hanya aku yang kekal disitu.

"Wafi!" Panggilku.

Senyap tanpa panggilan.

"Wafi!"

Kenapa?

"Wafi!"

[C] LAST RAMADHAN | JJKWhere stories live. Discover now