8; TERAWIH

67 18 2
                                    

Last Ramadhan

Telekung yang tersarung elok pada wajah aku betulkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Telekung yang tersarung elok pada wajah aku betulkan.

"Dah cantik dah." Perlu satu suara.

Dia ni. Ada je nak sakat oranglah.

"Encik Wafi Jeon kesayangan, kita nak pergi menghadap Allah. Bukannya nak pergi jumpa boyfriend. Kenalah cantik-cantik." Ujarku. Tangan masih ligat membetulkan kedudukan muka telekung.

Kita cantik pun. Untuk dia juga. Nanti tak cantik mana dia nak.

Pintu kereta Wafi buka. Halaman masjid jadi tempat mendarat kaki putih mulusnya.

Tengok tu. Bukan nak tunggu bini.

Aku turut mengikut langkah Wafi. Adik, mama dengan papa dah turun dulu.

Nasib baiklah Wafi ni dah mahir selok-belok masjid ni. Kalau tak, naya nak kena tolong.

Untung dapat suami mualaf macam anak Jeon ni. Semangat baru.

Ni pun dia yang paksa. Ikutkan hati, kalau dah nak masuk tengah bulan puasa ni, memang aku dah malas.

"Awak. Saya buat lapan je. Awak?"

"Apa lapan-lapan? Dua puluh." Tegas Wafi.

Alaaa. Penatlah. Dahlah dah masak tadi. Terawih dua puluh lagi. Nanti malam entah apa yang Wafi tu nak. Ni pun malam Jumaat.

"Wafi..." panggilku meleret. Dia menggelengkan kepala. Kaki kami masih setia melangkah ke pintu masuk masjid.

"Please Wafi." Pujukku.

Haraplah Wafi termakan pujukanku. Selama ni dia termakan je. Takkan nak kena letak umpan juga?

"Saya buat dua puluh. Kalau awak nak buat lapan, awak nak tunggu mana?" Tanya Wafi. Aku terdiam sekejap.

"Saya balik dulu. Kunci kereta?"

Wafi menggeleng.

Aduh anak Jeon seorang ni. Takkan aku nak tunggu dia sampai dua puluh pulak?

"I can't let you drive anymore."

"Wafi, sayang." Lengan Wafi aku paut.

Zahrah, behave. Depan masjid kot ni.

"Awak balik dengan Aiden. Sebab harini Aida ada. Aida mesti nak balik awal."

Aku memandang ke arahnya. Bibir muncung aku hulurkan.

"Wafi..."

Ya Tuhan.

Minta-minta dia cair.

"Dah sampai rumah mesej saya. Fon saya bawa. Jangan lupa."

Dahiku dikucupnya.

Dan dia terus berlalu tinggalkan aku depan pintu masuk bahagian perempuan.

Aku yakin.

Mesti mak cik-mak cik tu nampak Wafi cium dahi aku.

Wafi! Siap awak balik ni. Saya kerjakan awak cukup-cukup.

"Suami ke tadi tu?" Tanya seorang mak cik. Aku hanya mengangguk.

Datang pula seorang lagi. Bahuku ditepuk.

"Untung mualaf. Cina ke?"

Korea mak cik bukan Cina.

Aku hanya mengangguk. Habislah. Lepas ni nama papa naik sebab anak dia kahwin dengan mualaf.

Sorry, pa. Bukan salah Zahrah. Salah Wafi.

[C] LAST RAMADHAN | JJKWhere stories live. Discover now