FOUR. SOCIAL MEDIA

37 5 0
                                    

Minat aku berlainan
Berbeza sekali dengan orang
Aku tidak tahan
Dengan tohmahan
Apakah ini dugaan
Atau sumpahan
Aku memang berlainan
Tapi aku bukan murahan

Media sosial satu platform
Untuk aku meluahkan rasa
Bila kenalan terjumpa
Terasa dunia hancur binasa
Bukanlah sengaja
Hanya terkejut sahaja
Aku okay saja
Jika santun dalam bicara

Tapi aku sangat kecewa
Sikap mereka yang mengejutkan dunia
Mereka ini luar biasa
Bukan kerana kehebatannya
Tapi kerana keangkuhannya
Bercakap seolah dunia ni miliknya
Merendahkan orang lain yang biasa
Andai saja diketahui mereka
Perbuatan ini sangat durjana

Bukan malaikat
Bukan juga ustaz
Hanya mahu nasihat
Belajarlah adab dan adat
Agar hidup selamat
Bukan saja dunia malah juga akhirat

Minat setiap orang berbeza
Tapi kenapa harus dikatakan sama
Tidakkah ini memeningkan kepala
Setiap insan dan manusia
Tidak suka
Boleh sahaja tegurannya
Cuma pastikan adabnya
Tidak ditinggalkan begitu saja
Simpan di kepala
Nescaya dihormati di mana jua

Puisi ke? Is this poem? Where stories live. Discover now