Setiap kali aku sendiri
Merenung akan keadaan diri
Apakah aku iri? Apakah aku benci?
Dengan kebahagiaan duniawi ini.Apakah aku mahu?
Apakah aku perlu?
Atau apakah aku layak?Sering dilabel mencari perhatian.
Aku sudah terbiasa.
Publisiti murahan
Semuanya aku telan
Karna aku sememangnya memerlukan perhatian.Setiap bekas luka di badan
Aku sembunyikan
Aku cuba tahan
Aku hidup dalam kepura-puraan
Memakai senyum palsu di setiap perkenalanTopeng dibuang bila ku sendiri
Cuba menghadapi yang dikatakan realiti
Air mata membasahi pipi
Tangisan syahdu si pencari publisitiDitujah pelbagai kata
Dihina bermacam perkara
Semua aku terima
Kerana siapalah diri hamba
Si gadis tiada guna.
YOU ARE READING
Puisi ke? Is this poem?
Şiirpuisi ke ni, tahla. yang penting, ini semua berlaku dalam hidup.