Aku beritakan tentang mimpi ku
Tapi mereka ketawakan aku
Bertanyakan apakah aku mampu
Sememangnya mereka begitu
Setiap kali aku beritahu
Mereka anggapnya berita palsu
Adakah mereka tahu apa di hati akuBukan kenalan
Bukan teman
Tapi keluarga yang dikatakan peneman
Meninggalkan sakit untuk dalaman
Begitu perit untuk aku telan
Segala anggapan dan tohmahan
Akan aku buktikan
Bahawa aku bukan bajingan
Aku seorang yang mempunyai masa depan
Lagi bagus dari kepura-puraan kalian
Akan aku tunjukkan
Bahawa hidupku yang akan dipenuhi kebahagiaanAku tidak mahu berputus asa
Disebabkan hanya kata mereka
Karna hidup aku yang dibicara
Bukan hidup mereka semata
Kemampuan direndah rendahkan oleh mereka yang dipanggil keluarga
Aku tidak marah tapi aku balasnya dengan azamku yang berbaraSatu hari nanti
Apa yang aku bicarakan akan menjadi realiti
Tinggal usaha dan berkat dari Tuhan pencipta ilahi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Puisi ke? Is this poem?
Poetrypuisi ke ni, tahla. yang penting, ini semua berlaku dalam hidup.