Aku kembali terkenang memori lama
Perjalanan yang derita
Hidupku musnah kerana satu benda
Iaitu satu kesilapan lama.
Dia yang ku hormat
Dia yang ku junjung
Dia yang aku sanjung dan angkat
Siapa sangka memberi derita tak berhujung.
Aku dipanggil di khalayak ramai
Cerita diputar dibelit
Membentuk satu kesilapan besar
Yang jelasnya fitnah semata.
Aku ingat segalanya
Saat aku tahu siapa kawan siapa lawan
Siapa sahaja yang mempercayai aku
Hanya seorang insan berbuat kesalahan.
Mereka memandangku dengan tatapan tajam
Menanyakanku asal latar belakang
Dia mula berkata kejam
Akan persepsinya kepada orang tuaku
Bagaimana salahnya mereka mendidik aku
Yang membawa khabar buruk bagi mereka
Insan yang disanjung , dihormat.
Jika hanya aku yang dicaci
Aku dapat terima
Tapi kenapa?
Orang tuaku turut terkena.
Aku hanya diam tanpa bicara
Mendengarkan makian cerca
Kerana aku masih berbudi bicara
Terhadap mereka pemberi cahaya.
Huluran salamku tidak dicapai
Meninggalkan tanganku terkapai-kapai
Aku meninggalkan ruang sempit itu
Ke tempat syaitan beradu.
Air mata membasahi pipi
Sebegitu kejinya aku di mata mereka
Aku hanya diam tanpa bunyi
Mempersiapkan diriku akan pelbagai bicara
Oleh mereka penyamar di balik taburan gula.
Aku menyusun langkah ke kelas
Tempat di mana aku bersendirian
Siapa sangka aku dikatakan penipu berkelas
Oleh mereka yang kuanggap teman.
Ubat itu makanan harian
Untuk menanggalkan rasa sebak di dada
Kadang aku makan tanpa kesakitan
Hanya untuk meraih ketenangan sementara.
Aku menangis setiap hari
Rasa sakit ini kekal di sanubari
Apakah kesalahan diri
Sehingga diuji sebegini.
Nama terkenal di kalangan kenalan
Bukan kerana kebaikan
Tapi kerana buah mulut insan
Yang menyebarkan fitnah yang menyakitkan.
Aku tahu segalanya
Dari awal sampai akhir
Siapa yang berpura,siapa yang tidak
Siapa yang dapat kupanggil sahabat.
Tapi aku bersyukur akan dugaan besar ini
Ku dapat mengukuhkan kekuatan diri
Yang lemah akibat fitnah dan iri
Dapat kutahu kemampuan diri.
![](https://img.wattpad.com/cover/222164518-288-k32397.jpg)
YOU ARE READING
Puisi ke? Is this poem?
Poëziepuisi ke ni, tahla. yang penting, ini semua berlaku dalam hidup.