Kawan-kawanku baik belaka
Asyik mengajak beramal sahaja
Sangat berbeza dengan saya
Yang hidup kadang berpuraSenyum mereka senyum mengubat
Kebaikan dilakukan setiap saat
Membuatkan aku sedikit terubat
Dalam diriku yang kosong dan sesatBukan sengaja mahu
Tapi dilakukan terlebih dahulu
Itulah sifat aku
Sejenis yang terburu-buru
Melulu-lulu mahu
Itulah aku
Asyik mengejar kebahagiaan palsu
Tanpa aku tahu
Kebahagiaan sebenar menjauh darikuSahabatku sangat membantu
Seringkali berdamping denganku
Selalu juga perhatian akan diriku
Menambahkan makna setiap hariku
Menjauhkan aku dari buruk perilakuSyukur ke hadrat ilahi
Aku ada sahabat yang memahami
Ibarat hadiah dari ilahi
Menyinari hidup aku setiap hariNama mereka aku semat dalam dada
Juga dibaca semasa doa
Agar kami sama-sama bahagia
Di akhirat terutamanya dan juga dunia.
YOU ARE READING
Puisi ke? Is this poem?
Poeziepuisi ke ni, tahla. yang penting, ini semua berlaku dalam hidup.