SIX. STARE

36 5 4
                                    

Pandangan itu kekal dalam ingatan
Lirikan mata disusuli dengan cebikan
Andai aku bukan yang sopan
Sudah lama aku berteriakan

Bukan seorang, bukan dua
Tapi ramai yang bertanya
Aku bertanya kabar berita
Yang kebanyakannya tipu belaka

Ketika dilanda derita
Baruku tau siapa yang berpura
Dekat denganku bersebab sahaja
Tidak pernah ada percaya

Kata-kataku diputat dibelit
Aku diceritakan sangat perit
Bukan dengan kabar yang baik
Tapi dengan kabar yang sulit

Dia yang aku percaya
Orang yang di depannya aku menitiskan air mata
Rupanya manusia pelbagai rupa
Ditipunya pelbagai berita
Menambahkan lagi derita di dada

Sungguh perih hatiku
Tapi apalah yang ku mampu
Sekadar menayangkan ekspresi kaku
Mengiyakan berita palsu

Masih aku tunjuk hormat pada si dia, seorang insan bergelar guru.
Kerana, tanpa dia, siapalah aku.

Puisi ke? Is this poem? Where stories live. Discover now