PINTU YANG CUBA DIBUKA

38 2 0
                                    

Tiada Waktu – Ruang Peribadi

Perkara yag paling dibenci Orked adalah menjalin hubungan. Tidaklah kira, sebagai seorang kawan, kekasih, haiwan kesayangan dan tuan, rakan seperjuangan atau apa-apa sahaja hubungan yang melibatkan dua hala. Dia bencikan itu.

Bukankah apabila manusia menjalin hubungan, mereka akan timbul rasa sayang, hormat, percaya, setia, simpati dan empati? Dan perasaan-perasaan ini, yang bakal membunuh mereka, apabila mereka dikhianati.

Di akhirnya, siapa yang bakal terluka?

Orked merasakan, perkara ini akan membunuhnya sekali sahaja, ini kerana dia menjalin hubungan kekeluargaan dengan Mama, Papa dan Rose. Bukan kerana dia dikhianati, tetapi dia ditinggalkan. Semua manusia akan mati – fikirnya. Hanya hubungan itu yang mengikatnya sehingga mati.

Dia tidak mahu dibunuh berkali-kali dengan emosi-emosi yang terjalin. Jadi dia memutuskan, dia lebih senang sendiri. Di ruang peribadi ini, Orked hidup dengan cerita-cerita yang dibina. Cerita-cerita itu yang akan kekal.

Tetapi aneh, mengapa ada orang yang memilih untuk hidup berteman? Bukankah, lebih mudah hidup sendiri? Orked sedar, hubungan diantara manusia ini berlaku untuk mengenali sifat, tingkah laku, ataupun perilaku seseorang yang kemudiannya terdapat proses interaksi. Tetapi, bukankah apabila kita mengenali dengan lebih dekat seseorang itu, tanpa kita sedar kita semakin terluka?

'Mereka tak seperti yang aku harapkan.' 'Kenapa, aku kenal mereka?' 'Aku percaya mereka, kenapa perkara begini berlaku?' 'Aku mula rasa bosan dengan hubungan ini' 'Kucing satu-satunya kawan aku, kenapa ia pergi dulu?' – bukankah persoalan-persoalan ini akan timbul. Sekaligus, menyedarkan mereka bahawa :

Betapa mereka terluka menjalinkan hubungan.

Orked cuba memahami konsep itu. Mungkin sakit itu perkara yang bahagia? Dia sendiri, tidak pasti.


Siang – Sekolah Adam

Loceng berbunyi menandakan, waktu persekolahan sudah bermula. Hari ini, dia agak terlewat. Tidurnya tidak lena. Sebaik sahaja, dia masuk ke dalam kelas, rakan-rakannya sudah berkumpul dekat.

"Adam! Lepas habis sekolah jom kita pergi Puzzle Room, Maya cakap mereka adakan permainan baru. Lebih susah dan mencabar." Kata Yusuf.

"Jomlah Adam. Lepastu, kita boleh makan aiskrim di tempat kegemaran kau." Celah Yasmin.

Adam memandang rakan-rakannya silih berganti.

"Maaf. Hari ni, aku tak dapat ikut. Ada urusan dekat rumah." Katanya dengan sengihan

"Lagi sekali? Bukankah mak ayah kau selalu tak ada. Urusan apa yang kau kena buat?" soal Malik.

Adam diam. Senyuman tetap tidak lengkang dari bibirnya.

"Tak apalah, kalau kau tak dapat ikut. Lain kali sahaja." Celah Yusuf cuba menenangkan rakan-rakannya.

Maya sedari tadi diam. Matanya jatuh pada balutan yang terdapat pada lengan Adam.

"Tangan kau, kenapa?" soal Maya.

Adam cuba sembunyikan balutan itu dengan lengan bajunya. Tetapi tidak berguna.

"Oh, tak ada apa." Kata Adam ringkas.

Belum sempat Maya bertanya lanjut. Guru kelasnya sudah tiba. Masing-masing berlari ke tempat duduk sendiri.

Adam melepaskan nafas lega. Kali ini, dia terlepas dari diasak dengan soalan 'Kenapa kau tak dapat ikut?' 'Mana kau pergi semalam?' 'Kenapa dengan badan kau' 'Kau okay tak?' 'Habis sekolah kau buat apa?' dan pelbagai lagi.

Bukan niatnya untuk berahsia dengan rakan-rakanya. Tetapi, dia lebih senang begitu. Jika, mereka tahu apa yang Adam lalui. Mahukah mereka terus berkawan dengannya?

Kelas berjalan seperti biasa.


Petang – Kawasan Perumahan

Terdengar celoteh-celoteh pelajar sekolah di sepanjang jalan. Ada diantara mereka yang berlari, berbasikal dan berjalan dalam kumpulan masing-masing.

Orked sendiri.

Hari pertama di sekolah baru tetap sama. Tiada yang berubah. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Apabila tiba waktu rehat, dia ke perpustakaan atau duduk melukis dan menulis di dalam kelas. Begitulah hari-harinya yang akan datang.

Dia melangkah sendiri.

Tap! Tap! Tap! – lagkahnya perlahan.

Tiba-tiba, dia merasakan, ada seseorang yang menyentuh bahunya. Orked berpaling. Di hadapannya kini, terdapat seorang pelajar lelaki yang datang entah dari mana. Wajahnya tampan, lelaki itu tersenyum lebar memandangnya. Orked berkerut.

'Siapa dia?' – soalnya sendiri.

Apabila dia pasti, yang dia tidak mengenali lelaki itu, Orked beredar. Tetapi langkahnya dikejar. Sekali lagi bahunya ditepuk. Orked berpaling.

"Kenapa?" soalnya malas.

Sedar yang Orked bercakap dengannya, dia lekas menghulur tangan.

"Oh! Saya Adam." Kata Adam. Salamnya disambut malas oleh Orked. Kemudian gadis itu beredar. Adam mengikuti.

"Awak tak kenalkan nama awak pun." Kata Adam cuba mengajak gadis itu berborak. Orked memandang sekilas lelaki di sebelahnya ini.

Orked tidak selesa. Dia perasan, pelajar-pelajar perempuan yang turut berada di situ, memandangnya dengan pandangan yang bermacam. Dia tidak selesa. Ada diantara mereka saling berbisik.

"Kita kenal ke?" soal Orked. Marahnya dikawal.

"Tak." Kata Adam dengan sengihan.

Orked berjalan laju. Dia tidak ada masa mahu melayan. Dia mengejar masa, banyak perkara dia mahu lakukan. Lukisan dan tulisannya harus disiapkan.

Tetapi, Adam tetap setia mengikutinya hingga ke taman terbiar.

"Silalah balik." Kata Orked, sambil mendepakan tangannya, seolah-olah memberi laluan untuk Adam pergi.

"Awak nak pergi mana?" tanya Adam ingin tahu.

Orked menghembus nafas Panjang.

"Saya nak pergi mana, bukan masalah awak. Masalah sekarang, saya tak kenal awak." Kata Orked selamba.

"Saya Adam." Kata Adam mengusik. Tawanya cuba ditahan.

Muka Orked memerah menahan marah. Jika dia bergerak ke ruang peribadinya sekarang, lelaki ini bakal tahu di mana dia berada. Walaupun, berkali-kali dihalau, Adam tetap tidak berganjak. Orked tiada pilihan lain, dia harus balik ke rumah.

Dengan marah dia melangkah balik. Kakinya dihentak kuat meninggalkan Adam jauh ke belakang.

"Jumpa nanti Orked!" Laung Adam.

Orked rimas. Dia marah. Kemudian, dia sedar sesuatu. Namanya...

"Hei!" Orked berpaling ke belakang. Tetapi lelaki itu sudah berlari meninggalkannya dengan ketawa panjang.

            'Siapa budak pelik tu?' – omel Orked sendiri. Dia melihat Adam yang semakin hilang di balik lorong rumah.

RUANG PERIBADIWhere stories live. Discover now