SIAPA DI RUANG INI?

62 3 0
                                    




"Jangan balik lewat sangat!"  suara Mama melaung kuat dari dapur.

Orked berlari-lari anak keluar dari rumah. Kasut masih tidak sepenuhnya dipakai. Dia tergesa-gesa.

Dia berlari dan terus berlari melepasi beberapa kawasan perumahan dan taman. Terdapat sebuah tangga di lorong terpencil yang akan membawanya pada ruang peribadi miliknya.

Orked menapak dari satu anak tangga ke satu anak tangga.

Tap! Tap! Tap! – langkahnya berat.

Sampai di tangga terakhir, dia mengeluh kasar. Lelah.

Di hadapannya kini, terdapat sebuah banggunan terbiar yang ditutupi dengan semak dan daun-daun liar.

'Cantik' – katanya sendiri.

Orked masuk ke dalam. Ruang itu sunyi dan kosong. Semakin dia ke dalam, terdapat sebuah ruang luas yang menempatkan pondok lama serta pancuran air terbiar, ditengah-tengah ruang. Cahaya matahari menembusi setiap dinding yang sudah merekah dan terbuka.

Dia mengambil tempat di pondok itu. Buku catatan, alat menulis dan pensil warna dikeluarkan dan disusun. Dia memulakan kerjanya.

Ini adalah ruang peribadinya.

Dia leka, hanyut dalam dunianya sendiri.

Prak! – bunyi dahan dipijak.

Orked menghentikan gerak tangan. Derianya cuba ditajamkan. Bunyi itu hilang.

'Tak mungkin ada orang berani masuk ke tempat itu' – katanya.

Banggunan ini, seringkali dimomokkan dengan cerita-cerita seram yang tidak masuk akal. Tetapi, siapa sangka di dalamnya sangat memukau. Kerana cerita-cerita itu, tiada siapa berani mendekati banggunan ini.

Orked kembali menyambung kerjanya. Tanpa dia sedar, waktu berganjak senja. Melihatkan jam di tangan, dia tergesa-gesa mengemas barangnya dan beredar.

Tidak mahu dibebel oleh Mama.

Langkahnya laju menuruni anak tangga. Baru beberapa langkah.    

"Aduh! Pensil warna!" dia menepuk dahi. Badannya dipaling, berniat untuk kembali ke dalam ruang itu. Tetapi melihatkan waktu yang terus bergerak dan keadaan yang semakin gelap. Dia membatalkan niatnya.

"Esok sajalah. Bukan hilang pun." Katanya.

Langkahnya diteruskan.


Malam – Rumah Orked

Malam itu mereka sekeluarga makan bersama, seperti hari-hari yang lainnya. Sambal ikan serta sayur labu mamanya, lansung tidak menaikkan selera. Fikirannya melayang, mengingatkan pensil warna yang tertinggal di ruang peribadinya.

"Cuti-cuti ni, apa yang kamu berdua buat?" soal Papa pada Orked dan Rose, kakaknya.

"Tak buat apa Pa. buat tugasan berkumpulan untuk subjek Universiti." Kata Rose tidak bermaya. Wajahnya dicebik.

Papa dan Mama sekadar tersenyum kecil.

"Orked? Buat apa hari ni." Soal Papa.

Orked diam. Rose menyiku Orked di bawah meja. Lamunannya tersentak.

"Oh, macam biasa Pa. Orked menulis dan melukis." Katanya.

"Minggu depan, dah mula masuk sekolah. Mama harap, Orked boleh kurangkan melukis dan menulis tu. Tumpu pada sekolah. Buat kawan baru di sekolah baru" kata Mama memandangnya.

RUANG PERIBADIWhere stories live. Discover now