BOLEHKAH JIKA, AKU TERUS DI RUANG INI?

25 2 0
                                    

Siang – Sekolah Adam

Ring! – loceng berbunyi tanda waktu persekolahan sudah tamat.

Adam seperti kebiasaan mengemas barang-barangnya dengan cepat. Maya yang duduk di belakang sekadar memandang, begitu juga dengan Malik dan Yasmin. Sekali lagi, Adam pergi tanpa menoleh ke arah mereka. Entah kenapa, hati Maya terasa panas dengan sikap Adam sejak kebelakangan ini.

"Maya sampai bila kita nak diam macam ni? Kau tengok Adam sekarang, sikit pun dia tak heran pada kita." Kata Malik menambah panas di hati Maya.

"Siapa yang dia seronok sangat berkawan, sampai kita pun dia tak endah?" Celah Yasmin. Maya memejamkan mata. Telinganya sakit, begitu juga dengan hati.

Yusuf kemudian tiba, dia hairan melihat ketegangan yang hadir di antara rakan-rakannya.

"Hei! Kenapa ni? Monyok semacam je semua. Ada benda yang aku tertinggal ke?" Tanya Yusuf ingin tahu.

"Ada! Banyak yang kau tertinggal." Kata Yasmin memuncung. Yusuf memandang Maya meminta kepastian.

"Kau kawan dengan Adam dari kecilkan? Kau tak rasa ke, perangai dia makin berubah?" Kata Maya membuka bicara. Yusuf masih lagi diam, menanti kata seterusnya.

"Hari tu, kami nampak Adam dengan seorang perempuan dekat kawasan taman terbiar." Kata Maya.

"Okay, jadi?" Kata Yusuf.

"Jadi! Kami syak, Adam sisihkan kita sebab perempuan tu!" Kata Yasmin dengan emosi.

Yusuf sekadar tersenyum. Dia diam, mencari kata yang sesuai bagi menerangkan keadaan sebenar Adam.

"Aku tak rasa, itu jadi masalah." Kata Yusuf ringkas.

Mereka terkejut mendengar kata putus itu dari mulut Yusuf.

'Apa dia tidak terkesan dengan perubahan mendadak Adam? Adam lebih mementingkan perempuan berbanding kawan. Apa Yusuf, tidak terkesan?' – detik Maya.

Yusuf memandang Maya, memahami apa yang gadis itu fikirkan.

"Aku rasa, buat masa ini, dia yang Adam perlukan. Kau kena ingat, kehidupan Adam tak macam yang kita sangkakan." Kata Yusuf dengan keluhan berat.

Malik, Maya dan Yasmin masing-masing tercenggang dengan apa yang dikatakan oleh Yusuf.

Yusuf kemudian, beredar meninggalkan satu tanda tanya.

'Gila!' – detik hati Maya.


Siang - Ruang Peribadi

Orked dan Adam duduk di pondok, melukis. Semenjak mengenali gadis itu, Adam mula jatuh cinta dengan lukisan, dia merasakan satu ketenangan jiwa apabila dia dapat mengekspresikan jiwanya pada kertas kosong. Adam leka.

Manakala, Orked pula semakin hari, semakin leka melihat lelaki itu. Semenjak kejadian malam itu, dia dapat rasakan dirinya mula sukar meninggalkan sisi Adam. Mungkin kerana, dia sudah melihat betapa rapuhnya lelaki itu sewaktu kejadian tempoh hari. Menjadikan dia mahu cuba memahami apa yang Adam tanggung dalam hidupnya.

"Okay tak?" Tanya Adam girang, sambil menunjuk kertas lukisan miliknya.

Orked tersenyum.

"Okay!" kata gadis itu.

Bzz! Bzz! – telefon Adam berbunyi.

"Hello Malik. Oh okay." Kata Adam. Dia kemudian, siap untuk berkemas.

"Kenapa?" Soal Orked.

"Mereka kata ada perjumpaan kelab. Jarang perjumpaan kelab mengejut." Jelas Adam.

'Mungkin ada perkara penting' – detik Adam.

Dia kemudian meminta diri. Orked sendiri.

Orked termenung memikirkan apa yang mahu dia lakukan sendiri.  Aneh, jika dulu dia boleh melakukan pelbagai perkara sendiri. Tetapi, semenjak Adam hadir, dia jadi kekok sendiri.

'Orked, gadis yang menyisihkan diri, kekok untuk bersendiri.' – Lucu

Orked mengambil keputusan untuk beredar. Barang-barangnya di kemas.

Di luar banggunan terbiar, Maya, Malik dan Yasmin sudah menunggu.

"Kau cakap apa dengan Adam?" Tanya Maya.

"Aku bagitahu, ada perjumpaan kelab." Kata Malik bangga dengan helahnya.

Kini, mereka hanya perlu menunggu gadis itu keluar.

Dari jauh, mereka sudah nampak kelibat Orked. Dengan perlahan mereka mendekat.

"Woi!" Laung Malik pada Orked, yang masih tidak perasan kehadiran mereka.

Orked terkejut, tetapi dia berlagak tenang. Kini benar-benar ruang peribadinya diancam.

Maya melangkah mendekat ke arah Orked. Gadis itu, dipandang dari atas ke bawah.

'Ini ke, gadis yang diperlukan Adam? Jangan bergurau.' – detik hatinya.

"Aku tak sangka Adam, ada niat nak berkawan dengan orang macam kau" Tembak Maya pedas.

Orked sekadar diam. Dia memandang gadis di hadapannya.

"Aku dengar cerita, kau jenis tak ada kawan, betul?" Soal Maya. Manakala, Malik dan Yasmin sedang menahan tawa.

"Yelah, kalau aku pun, aku tak akan nak berkawan dengan budak pelik macam kau. Duduk sendiri, buat hal sendiri. Adam, rapat dengan kau mesti sebab dia kesian." Kata Maya lagi.

Orked mengenggam tangannya. Dia mengawal marah.

"Ah! Aku dah cakap, Adam terlalu baik. Sampai, dengan budak pelik pun dia tak nak tinggalkan sendiri." Omel Maya sendiri.

Sejurus mendengar kata Maya, Orked menolak gadis itu ke tepi. Dia beredar. Tangisnya cuba ditahan.

'Dia sudah agak! Adam mempermainkannya!' – detik Orked. Dia tidak sepatutnya berkawan dan berhubung dengan lelaki itu. Dia dan Adam adalah berbeza.

Orked berlari meninggalkan mereka jauh ke belakang. Dia bencikan rasa ini!

Tap! Tap! Tap! – Orked berlari meninggalkan ruang peribadi, tanpa menoleh.

RUANG PERIBADIWhere stories live. Discover now