DI DALAMNYA, TERSIMPAN RAHSIA SUNYI

27 3 0
                                    

Tiada Waktu – Ruang Peribadi

Jika ditanya, apa yang dimahukan Adam? Jawapannya hanya satu : Hubungan yang biasa. Dia mahukan sebuah hubungan yang biasa dengan Mama dan Papanya. Dia mahukan, sebuah keluarga. Dia benci rasa disisihkan, kerana itu dia mencuba sehabis baik untuk menjalinkan hubungan bersama rakan-rakan, gurunya, kucing di jalanan serta orang-orang yang menyisihkan diri.

Bukankah apabila manusia menjalin hubungan, mereka akan timbul rasa sayang, hormat, percaya, setia, simpati, dan empati? Dan perasaan-perasaan ini, yang menghidupkan mereka, serta menjadikan mereka manusia.

Di akhirnya, semua akan bahagia.

Adam merasakan, hidupnya sudah cukup mati di dalam rumah besar itu. Tetapi dia merasa kembali bernyawa apabila dia bersama-sama rakan-rakannya dan Orked – bukan kerana, dia tidak boleh sendiri. Tetapi, sendiri itu, menyakitkan. Adakalanya, sendiri itu membunuhnya dengan sepi.

Tetapi aneh, mengapa ada orang yang memilih untuk hidup sendiri? Bukankah, lebih mudah hidup berteman? Boleh berkongsi rasa, sakit, bahagia dan cerita. Dia mula sedar, mengapa Mamanya memilih untuk kekal bersama Papa – kerana, Mama hanya mahukan orang yang bersedia berada di sisi, bila dia memerlukan.

Sama seperti, apa yang dirasakan pada Orked, sewaktu gadis itu hadir. Adam tidak pernah takut dikecewakan dengan harapan yang sudah diletak. Bukankah ia lebih mencabar? Tidak tahu, di akhirnya apa bakal terjadi, bukankah lebih mencabar? Tetapi, apabila mereka sedar, bahawa hubungan itu menuju ke arah perkara yang baik, sekaligus, ia menyedarkan mereka :

Betapa ruginya mereka, jika mereka hidup sendiri.

Adam cukup memahami konsep itu. Menjalin hubungan dan dikhianati itu sakit. Tetapi hidup sendiri,lebih menyakitkan.


Malam – Rumah Adam

Malam itu, dia pulang dengan senyuman di wajah. Baru beberapa langkah ke pintu rumah, suara Mama dan Papa sekali lagi, memecah hening.

'Mereka bergaduh lagi' – detik Adam

Mukanya diraup beerkali-kali. Pintu dibuka. Pada ketika itu, Papa keluar dengan beg di tangan. Dia berlalu, melepasi Adam tanpa memandang.

Adam terkaku. Kakinya bergetar. Kemudian, dia memutuskan untuk melangkah perlahan masuk ke dalam rumah..

Mama duduk tenang dengan rokok di tangan. Tangannya sedikit bergetar. Wajahnya serius.

"Adam..." Panggil Mama lembut, mengajaknya masuk ke bilik.

Adam mengenggam tangannya kuat. Dia berjalan perlahan mengikuti langkah Mama. Dia sedar, kini dia bakal berhadapan dengan hukuman bagi pihak Papa.

Pintu ditutup.


Malam – Rumah Orked

Hujan lebat. Guruh berdentum dan kilat sesekali menyambar langit malam. Orked tidak mampu melelapkan mata. Dia bergolek dari kiri ke kanan katil, akhirnya dia mengeluh sendiri. Dia kemudian, memutuskan untuk melukis. Orked mengambil beg sandangnya.

'Mana pergi buku lukisan?' – tangannya masih meraba, dalam samar bilik tidur.

Dia mengelurakan satu persatu barang di dalam beg. Tetapi, buku lukisannya tidak ada!

'Ruang peribadi!' – Orked teringatkan tempat itu. Dia kemudian memandang luar tingkap. Hujan.

Dengan pantas, dia berlari mencapai baju hujan dan memakai kasut. Dia harus mengambil buku lukisannya.

Chak! Chak! Chak! – Orked berlari. Sesekali, petir menyambar langit. Tetapi dia tidak berhenti.

Orked memanjat tangga. Nafasnya mengah. Dia tiba di ruang peribadi.

Kelihatan satu sosok yang sangat dikenali, duduk di pondok dengan wajah yang ditekup ke lutut. Orked melangkah perlahan. Berhati-hati. Dia dapat rasakan ketakutan menyelubungi, tetapi digagahkan diri mendekat.

Bahu itu, ditepuk perlahan. Lelaki itu, mengangkat wajahnya.

"Adam!" Orked terkejut. Tetapi, dalam pada yang sama, dia lega.

Dia memandang wajah Adam lama.

'Wajahnya, penuh kesan luka!' – Orked sekali lagi, terkejut.

Badan lelaki itu, kuyup. Adam menangis. Badannya Orked sentuh lembut. Tetapi, erangan halus dari Adam memberhentikan tindakkan Orked.

"Adam, buka baju tu. Nanti selsema, baju tu basah." Kata Orked. Wajahnya berkerut risau. Adam sekadar membisu. Tanpa berlengah, Orked membantu lelaki itu membuka baju.

Badan itu...Badan itu... penuh dengan kesan luka, lebam, dan melecur yang teruk. Tanpa Orked sedar, dia menangis.

'Siapa yang lakukan ini? Apa yang berlaku?' – pelbagai soalan datang mengasak Orked.

Dengan lembut, dia membasuh kesan luka pada badan lelaki itu, dengan baju basah. Orked masih lagi menangis.

"Siapa yang buat? Kenapa sampai macam ni Adam?" Soal Orked dengan esakkan. Tangannya masih membasuh luka.

Adam sekadar tersenyum dan menggeleng perlahan.  Melihatkan reaksi itu, Air mata Orked semakin tidak tertahan.

'Apa yang lelaki ini, sembunyikan? Apa yang berlaku? Bukan sekali, dia melihat kesan ini. Tetapi kali ini, lebih teruk.' – detik hati Orked. Dia tidak berniat mahu menganggu ruang peribadi lelaki itu, tetapi dia tiada pilihan.

"Hei, tak apa. Saya okay." Kata Adam lembut memandang Orked.

Adam menghulurkan sesuatu pada Orked.

'Buku lukisannya!' – detik Orked.

Dia sudah tidak sanggup. Dia nekad untuk pulang ke rumah dan mengambil krim luka. Orked mahu berdiri. belum sempat dia berdiri, Adam memaut pergelangan tangannya lembut.

Orked terpana.

"Teman saya, malam ni. Saya tak nak sendiri." Kata Adam dengan wajah menunduk. Tanpa sedar, Orked kembali duduk.

Malam itu, mereka bedua di ruang peribadi. Sekadar, duduk memandang langit malam dan hujan yang turun tanpa henti. Adam masih tetap, tidak membuka pintu peribadinya untuk Orked fahami.

Malam bergerak perlahan.

RUANG PERIBADIWhere stories live. Discover now