Hari peperiksaan SPM pun tiba.Riffat terlihat sangat bersedia menghadapi peperiksaan yang besar di dalam hidupnya.
Setibanya di dewan Avicenna.
‘Hazzz' Panggil Riffat ke arah Hazrif
'Yaa memboikuu..Riff amacam dah ready kee'. Tegur Hazrif kepada Riffat.
‘dah bosskur haha jomm kita kasi habis exam ni lagi ii addmath tuh' kata Riffat dengan bersemangat.
Maka peperiksaan pun bermula.hari demi hari pun berlalu maka tamatlah peperiksaan SPM 2019.Setelah keluar dari dewan peperiksaan masing masing keluar dengan perasaan yang gembira.
'Riff amacam boleh jawab tak?' Tegur Hazrif dari belakang
‘Hemm so far okayla.ade certain ii soalan yang buat aku jadi gile kejap' kata Riffat kepada Hazrif.
‘hahah takpe normal ar tulah pelik jela asal soalan spm ni makin susah hahah dorg fikir kita ni robot ke ape' kata Hazrif kepada Riffat.
‘eh dah ar malas aku pikir pasal tadi jom gi wayang arr ade citer baru do' kata Hazrif kepada Riffat.
‘kau belanja ehh dah lama tak tgk wayang nih' kata Riffat kepada Hazrif
‘okay riff aku belanja erhh' kata Hazrif kepada Riffat sambil mengeluh.
Petang tu mereka berdua keluar bersama sama menonton wayang,membeli belah dan menghabiskan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan. Riffat berasa senang hati dan merasakan detik terindah di dalam hidupnya bersama Hazrif. Tak sangka dari seorang musuh terus jadi kawan baik. Ajaib bukan?
Setelah 4 bulan berlalu..
Hari keputusan SPM 2019 SMK Seri Bintang
‘harini akan jadi hari yang terpenting dalam life aku' kata Riffat seorang diri.Dia berasa sangat gementar untuk mengambil keputusannya.Walau bagaimanpun dia tetap bersyukur kerana dia telah melakukan yang terbaik untuk peperiksaannya.Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi dia masih mempunyai masa sejam untuk ke sekolah.Riffat terus keluar dari biliknya dan menuju ke dapur.Kelihatan ibunya Rafidah sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi.
‘Riff,kamu dah ready kee’ tegur Rafidah kepada Riffat yang sedang menuangkan air ke dalam cawan.
‘hem entahla ibu,Riff taktau Riff takut kalau Riff tak mampu buat yang terbaik untuk ibu' kata Riffat kepada ibunya.
‘takpe Riff ibu tau kamu dah lakukan yang terbaik lagipun ibu tak kisah ape pun keputusan kamu asalkan ibu bangga dengan kamu sebab buat yang terbaik' kata Rafidah kepada anaknya.
Jam di dinding menunjukkan pukul 9.30.Riffat mempunyai masa setengah jam untuk sampai ke sekolah dan mengambil keputusannya.Setibanya di sekolah kelihatan ramai calon SPM 2019 berpusu-pusu mengisi borang kehadiran pelajar. Riffat memandang sekeliling tempat ternyata dia tidak menjumpai kelibat Hazrif bahkan batang hidungnya juga tidak kelihatan.
‘hm hairan mana Hazrif ni sejak dua 3 hari ini dia asyik xde je call whatsapp semua tak dapat hm’ Riffat kebingungan seketika. Sesungguhnya dia agak sedikit kecewa kerana tidak menjumpai rakan baiknya.
Jam 10.00 pagi
‘Baiklah para pelajar sekalian,sesungguhnya saya tahu kamu semua sudah berusaha yang terbaik dalam peperiksaan ini. Bagi pelajar yang cemerlang tahniah saya ucapkan,bagi pelajar yang kurang boleh usaha lagi pada masa akan datang sesungguhnya SPM bukanlah penentu masa depan hidup kamu.Tetapi,Kamu lah penentu hidup kamu sendiri untuk jadi apa masa akan datang' kata Puan Zuraina selaku pengetua sekolah itu kepada semua calon SPM.
‘Tanpa membuang masa saya akan mengumumkan pelajar 9A+ disini saya ingin mengatakan terdapat 10 pelajar yang memperoleh 9A+’ kata puan Zuraina kepada pelajarnya.
Riffat menanti dengan perasaan yang gemuruh.sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya dia.
Tiba tiba
‘Seterusnya pelajar yang berjaya dapat 9A+ ialahhhh Muhammad Riffat Hakim Bin Hazliiii! dipersilakan untuk naik ke atas pentas’ kata pengetua kepada pelajar.
Riffat sangat terkesima dengan penguguman itu.sungguh dia tidak menyangka bahawa dia cemerlang di dalam peperiksaan.Riffat naik ke atas pentas dia melihat salinan keputusan itu.Air mata dia menitis di atas keputusan itu sebaik sahaja dia melihatnya.Dia terus menuju ke arah ibunya yang tersenyum di bawah pentas lantas memeluknya.
‘Bu..Riffat berjaya bu Rffat' Kata Riffat sambil menangis ke arah ibunya.
‘Tahniah Riffat kamu berjaya buat yang terbaik untuk ibu,arwah ayah kamu dan sekolah. Sebagai ganjaran ibu belanja kamu makan jom' kata Rafidah dengan nada yang gembira ke arah Riffat.
‘Tapi buu.. Riffat tak jumpa Hazrif lagii'. Kata Riffat kepada ibunya sambil menunjukkan riak wajah yang sedih.
Sambung bab 8
YOU ARE READING
Tragis
Teen FictionKisah seorang budak yang lemah dan sering dibuli musuhnya Hazrif.Sesuatu peristiwa telah mengubah segalanya di dalam hidup Riffat.Mampukah Riffat mengatasi cabaran yang dihadapi dalam hidupnya.Mampukah dia berjaya di dalam hidupnya?