‘Assalamualaikum’ ketuk seorang lelaki yang tak dikenali di luar rumah.
Rafidah yang sedang sibuk menjahit baju tempahan terdengar bunyi ketukan itu lantas dia membuka pintu.
‘ya cari siapa?'kata Rafidah kepada lelaki itu.
‘maafkan saya cik saya ayah kepada Hazrif nak bagitau pasal keadaan dia'.Kata Encik Zarif kepada Rafidah.
‘oh yaa silakan masuk.duduklah dulu saya ingin buatkan air'. Kata Rafidah kepada encik Zarif.Setelah berada di dapur. Rafidah membawa hidangan minuman dan makanan ke ruang tamu.
Encik Zarif menghirup air kopi yang dibuat Rafidah ternyata sangat sedap.
‘macam ni puan Hazrif sebenarnya terlantar kat hospital dia jatuh sakit sekarang'. Kata Encik Zarif kepada Rafidah.
‘masha Allah macam mana dengan dia okay.'kata Rafidah kepada Encik Zarif
Riffat yang baru terjaga dari tidurnya keluar dari bilik dan terus ke ruang tamu.Dia terdengar bisikan perbualan antara Encik Zarif dengan ibunya.
‘Hazrif mengalami kanser tahap 4 akibat kemalangan motor 2 tahun lepas. Jadi saya kesini untuk menyampaikan hajatnya sebab dia nak sangat jumpa anak cik.'kata Encik Zarif kepada Rafidah.
Tiba tiba Riffat keluar dari ruang antara ruang tamu dengan biliknya.
‘haa! Kenapa selama ni Riff taktau.apa dah jadi?' Tegur Riffat dari belakang secara tiba tiba
‘Riffat, jom ikut pak cik pergi hospital Hazrif nak jumpa kamu’ Kata Encik Zarif kepada Riffat.
Tanpa membuang masa,Riffat terus mengikuti Encik Zarif.Sepanjang perjalanan menuju ke hospital dia leka memikirkan apa yang berlaku kepada Hazrif dan nasib bakal yang terjadi.
Setibanya di hospital.
Riffat terus menuju ke wad 05 dan menemui Hazrif yang tenat di atas katil.
‘Hazz.. Ni aku Riffat datang ni jumpe kau..weh aku rindu kau kenapa tak bagitau kau ade penyakit? Kata Riffat kepada Hazrif dengan nada yang sedih.
Tiba-tiba Hazrif membuka mata dan melihat ke arah Riffat.
‘Riff maafkan aku sebab x bgtau kau kerana aku xnk kau risau...tapi aku nak bagitahu aku berjaya dapat 9A+ kau pun samaa kaan dapat 9A+ mcm aku' Kata Hazrif dengan nada yang sedih.Dia seperti nyawa di hujung tanduk.
‘Yaa Hazzz,kita berjaya thanks sebab kau banyak membantu aku untuk cemerlang dan bagi tips untuk aku.Aku tau kau banyak bantu aku even though aku banyak masalah thanks Hazz atas segalanya'. Kata Riffat sambil menitiskan air mata kepada Hazriff
‘Riff, aku nak cakap sikit aku nak bagitau kata kata terakhir aku sebelum pergi menghadap Nya.' kata Hazrif dengan nada yang sedih.
‘Hazz..jangan macamni jgn ckp mcm tu.. Aku tau kau kuat Hazz' kata Riffat yang mula mengalirkan air mata.
‘Aku x mampu Riff, aku nak cakap sikit kau jaga diri yaa dekat atas meja aku ade satu kotak bukalah nanti dan baca..Riff jaga diri jangan lupa tuhan dan buatlah baik dengan sesiapa pun ya.Aku harap kau ingat persahabatan kita selama lamanya' kata Hazrif dengan nada yang perlahan.
Hazrif sesak nafas secara tiba tiba nafasnya terhenti di kata yang terakhir dia sempat mengucapkan kalimah syahadah yang terakhir.
Akhirnya,Hazrif pergi menghadap illahi. Air mata Riffat mengalir deras di pipinya dan jatuh ke atas pipi Hazrif sungguh dia tidak sangka bahawa hari ini merupakan Hari paling sedih di dalam hidupnya.Dia juga tidak sangka dia kehilangan tulang belakangnya selepas ibunya.
‘Hazzz!' Jerit Riffat sekuatnya sambil memecah kesunyian wad tersebut.
Seterusnya bab terakhir..
YOU ARE READING
Tragis
Teen FictionKisah seorang budak yang lemah dan sering dibuli musuhnya Hazrif.Sesuatu peristiwa telah mengubah segalanya di dalam hidup Riffat.Mampukah Riffat mengatasi cabaran yang dihadapi dalam hidupnya.Mampukah dia berjaya di dalam hidupnya?