MH 10

6.3K 225 7
                                    

Tiga hari kemudian Aniq melangkah masuk ke dalam restoran makanan segera itu. Dia memakai cap secara terbalik. Lalu kakinya menuju ke bilik hanya untuk perkerja sahaja.

Fikirannya melayang entah ke mana, sejak bertemu dengan gadis itu dia rasa tidak tenang sahaja. Semakin dia fikir, semakin banyak otak nya kena berjalan! So baik dia abaikan!

Aniq keluar dari bilik tersebut lalu menuju ke kaunter, dibetulkan apron di tubuhnya. Jejaka itu selamba sahaja menyisir rambut nya dengan menggunakan jari. Boleh dikatakan dia merupakan idola bagi pembeli di Mcdonald's itu. Well dia kan kacak!

Pakk!!

"Aduh sakit la! "Jerit Aniq dengan kuat

"Apa yang kau syok sangat berangan tu? Tu customer nak bayar tu"ujar Nashra selamba

"Kau ni kan mak buyung! Memang nak kena dengan aku la! "Diketap giginya dengan kuat tanda geram

"Whatever "selamba Nashra berkata

Aniq memulakan perkerjaan nya. Bermacam jenis manusia dapat dia lihat. Kadang-kadang geram juga dengan gadis-gadis yang gedik ingin meminta nombor telefon darinya! Bagi penampar satu kali baru tahu heh!

Nashra dari jauh hanya memerhati kan jejaka itu, rasa nak kena ketuk kepala lagi si Aniq itu.. Mengelamun sahaja kerjanya!

Teman Aniq menghulurkan dulang kepada nya. Jejaka itu mengambil lalu bergerak ke tingkat atas. Dia seharusnya menghantar makanan kepada customer. Semasa ingin turun ke tingkat bawah, tidak sengaja jejaka itu melanggar seorang badan yang tegap.

"Sorry bro"ucap Aniq tanpa melihat wajah jejaka itu

"Ermm it's okay "jawab jejaka itu perlahan

Aniq mula menuju ke kaunter dan terlihat Nashra sedang menerima bayaran dari seorang customer.

"Hah nanti kau hantar dekat atas lagi"arah Nashra

"Dah letak dalam dulang ka? "Soal Aniq perlahan

"Kejap"terus Nashra melangkah ke dapur

Aniq mengikuti Nashra dari belakang. Wanita itu menghulurkan sedulang makanan yang lebih dari dua orang makan. Terkebil-kebil mata Aniq.

"Ni manusia ker jin makan? "Ketawa kecil Aniq

"Mana la aku tahu! Mulut tu jaga eh"keras Nashra memberi amaran

"Yala-yala"mengalah Aniq lalu mengambil dulang tersebut

Dia mula bergerak ke tingkat atas sambil melihat nombor di resit tersebut. Matanya berulang kali melihat nombor tersebut.

"104"sebut jejaka itu perlahan

Tiba-tiba sahaja matanya tertancap ke nombor yang berada di atas meja. Meja seorang gadis yang sedang termenung jauh. Dari dekat macam pernah nampak.

"104?"sebut Aniq bagi mematikan lamunan gadis itu

"Ermm yup"jawab gadis itu lalu melihat ke arah jejaka itu

[C] MR HUSBAND Where stories live. Discover now