MH 32

5K 186 34
                                    

Pagi itu Freya terjaga dari tidur nya di lihat jam tersebut ternyata sudah pukul 5:40 pagi dan tak lama lagi azan subuh akan berkumandang. Wanita itu bangun sambil memisat kan matanya berulang kali.

Dilihat sang suami sudah mengenakan baju Melayu di tubuh nya. Cepat-cepat Freya bangun dari tidurnya. Melangkah ke arah bilik air dengan senyuman tawar. Setelah beberapa minit membersihkan diri Freya keluar dari bilik air dan terkedu dia melihat sang suami yang sudah siap solat subuh.

"Abang kenapa tak tunggu Freya? "Soal Freya dengan pelik

"Buat apa nak berjemaah sekali dengan aku? Pandai-pandai kau la solat sendiri"jawab Aniq mendatar lalu baring di atas sofa tersebut

"Tapi selalunya kita jemaah sekali kan? "Lembut sahaja Freya berkata

"Nak ker kau kalau aku jadi imam untuk solat kau"kasar sekali Aniq berbicara

"Mestilah, kan abang suami Freya"walaupun hatinya bagai sakit disiat-siat dengan perkataan yang dilontarkan oleh sang suami namun dia tetap tersenyum

"Suami? Heh? "Tersenyum mengejek Aniq tanpa pedulikan Freya

"Besar sangat ker salah Freya sampai abang layan Freya macam ni?"bergetar suara Freya berkata

"Fikir la sendiri"ujar Aniq senada

Sayu sahaja wajah Freya melihat Aniq begitu. Marah sekali pun suaminya tak pernah berkelakuan seperti ini. Sedih hatinya.

Freya melaksanakan tanggungjawab yang satu itu. Setelah selesai dia bergerak ke arah almari lalu di ambil kemeja sang suami lalu bergerak ke ruang seterika.

Diseterika baju tersebut bersama seluar. Dalam seterika baju, otaknya terbayang akan kejadian semalam dan bagaimana cara dia memujuk sang suami.

Setelah selesai Freya menuju ke katil nya lalu direbahkan dengan perlahan-lahan. Sejak akhir-akhir ini dia cepat sangat penat namun diabaikan nya. Mata perlahan-lahan ditutup oleh nya.

Freya sedang menyediakan sarapan pagi di atas meja. Ditilik jam dan ternyata sudah pukul 8 namun suaminya belum berada di ruang makan. Baru sahaja ingin melangkah, ternampak akan bayang-bayang suaminya.

"Abang jom makan sekali, Freya dah sediakan semua"tersenyum manis wanita itu sambil merangkul lengan suaminya

"Aku tak lapar"ringkas sahaja Aniq memberitahu

"Ermm jom la makan sikit. Hah Freya pun nak makan sarapan pagi macam abang suruh"pujuk Freya dengan penuh lembut

"Kau tak faham ker? Aku cakap tak lapar kan"tajam mata Aniq memandang isterinya, dilihat mata sang isteri agak sembap

"Ok la kalau abang tak nak but why abang pakai kemeja lain? Kan Freya dah seterika baju abang"soal Freya dengan pelik

"Tak payah sibuk hal aku la"dirungkaikan rangkulan itu

"Abang! "Panggil Freya apabila suaminya makin menjauh

Dikejar sang suami dengan penuh berharap agar jejaka itu mahu memberi kebenaran dia pergi bersama.

"Abang kita pergi sekali eh? "Pujuk Freya

"Tak payah la. Kau pergi dengan kereta kau, aku dengan kereta aku. Kang kau malu pula naik dengan aku"seusai bicara terus Aniq memboloskan diri ke dalam kereta

Terpinga-pinga Freya disitu. Bergenang air matanya apabila tidak diendahkan. Berat sangat ker kesalahan yang dilakukan? Nak sahaja dia meraung or pergi bunuh Jebat tu terus.

Anak buah nya hanya memerhati tanpa mencampuri hal suami isteri itu. Safuan, Khairul dan Haikal berpandangan sesama sendiri. Geram pula mereka apabila majikan mereka di buat sebegitu.

[C] MR HUSBAND Where stories live. Discover now