EPILOG 2

7.7K 231 23
                                    

Omg dah 1K yeahhhhhh tqqqqq semuaaaaaaa ♥

→→→→→→→→→→→→→

Dua bulan kemudian Freya sedang menatap fail-fail yang bertimbun di hadapan matanya sambil mengunyah buah epal yang sudah tersedia. Terangguk-angguk kepala nya memerhati setiap perkataan tersebut.

Ditaip kan pada papan kekunci tersebut. Diselak satu persatu helaian tersebut. Menguap kecil Freya lalu mematahkan jarinya dengan perlahan.

Disandarkan tubuh pada kerusi tersebut. Ditekan interkom tersebut. Rindunya dia pada sang suami! Diusap perlahan perut nya yang semakin membesar. Sudah lima bulan usia kandungan nya! Hanya tinggal lagi empat bulan bakal anak nya akan muncul.

"Faz panggil Tuan Iman masuk ke pejabat aku"arah Freya tegas

"Tuan Iman dah balik la Ceo"jawab Fazlina perlahan

"Bila dia balik? Aku tak tahu pun"rengus kasar Freya

"Baru ja Ceo, saya ingat Ceo tahu"terkedu gadis itu

"Tak apala, thanks "terus ditutup interkom tersebut

Geram nya dia apabila sang suami pulang tanpa menunggu dirinya dahulu. Ni yang dia nak merajuk ni! Diambil telefon bimbit tersebut lalu didail kan nama suaminya.

"Hello abang! "Seru Freya dengan nada geram

"Walaikumsalam sayang"ada nada perli disitu

"Eee abang ni la! Perli-perli Freya pula"muncung Freya

"Mana ada perli. Sayang kenapa call abang ni?"soal Aniq lembut

"Kenapa balik tak beritahu Freya? Suka la tu buat Freya risau"cemberut sahaja wajah Freya

"Abang ada hal sikit dekat luar. Abang tak nak la beritahu sayang takut sayang risau. Dah jangan risau team tiga dengan team empat follow abang dari belakang"pujuk Aniq dengan senyuman lebar

"Hal apa tu? Abang tak beritahu Freya pun"terkebil-kebil Freya

"Adalah, dah sayang pergi buat kerja. Nanti jangan lupa hati-hati balik love you sayang. Assalamualaikum "ucap Aniq lalu mematikan panggilan isterinya

"Walaikumsalam "jawab Freya perlahan

Freya pula hanya muncung sahaja. Cepat-cepat nak pergi mana! Apa benda la yang jejaka itu lakukan nampak macam rahsia sangat! Aihh

Petang menjengah wanita itu sudah bersedia untuk pulang ke rumah. Dengan perut yang sudah memboyot itu diusap dengan perlahan.

"Nak jumpa Papa eh? Nanti kita jumpa dia okey? "Tersenyum kecil Freya apabila terasa tendangan kecil dari anak nya itu

Kereta yang dinaiki oleh Freya akhirnya sampai di perkarangan mansion tersebut. Wanita itu keluar dari kereta lalu menuju ke pintu rumah nya. Dia masuk ke dalam sambil mencari-cari sang suami.

Terus kakinya menuju ke arah lift, setelah pintu lift terbuka terus dia masuk ke dalam. Beberapa minit kemudian dia sudah sampai di tingkat biliknya. Kaki nya melangkah ke arah bilik dia dan sang suami.

"Abang! "Jerit Freya kecil lalu membuka pintu tersebut dengan senyuman lebar

Namun hanya kosong sahaja terbit risau di dalam hati nya. Dilihat sekeliling dan matanya tertancap ke arah gaun yang serta nota yang telah diletakkan di atas katil.

Dengan langkah yang perlahan dia mendekati katil sambil mengusap perlahan perut nya. Dilihat dengan teliti gaun tersebut dan nota tersebut

 Dilihat dengan teliti gaun tersebut dan nota tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] MR HUSBAND Where stories live. Discover now