MH 37

7K 198 22
                                    

Dua minggu kemudian keadaan Aniq tetap sama tanpa ada tanda-tanda yang dia akan bangun namun Freya tidak mengalah! Dia akan tunggu suaminya.

Wanita itu sedang mengelap tubuh suaminya dengan penuh lembut. Dilap kan menggunakan kain bersih.

Dilarikan kain tersebut di atas tubuh Aniq. Lama matanya memandang sixpack suaminya lalu dia memegang dengan perlahan-lahan.

"Abang tahu tak abang comel sangat? Ehh bukan, abang nampak nyum nyum"ketawa kecil Freya

Entah apa yang merasuk otak nya sehingga berfikiran seperti itu . Walaupun ada nurse yang mahu tolong untuk mengelap tubuh sang suami cepat-cepat dia halang.

Tubuh suaminya hanya la tatapan buat nya! Bukan untuk orang lain. Tiba-tiba fikirannya melayang sewaktu dia bersama dengan Aniq di bulan muda mereka.

"Aduh sayang, kenapa comel sangat ni?! "Terus ditarik hidung isterinya

"Abang! "Freya menampar perlahan tangan yang menarik hidung nya

"Abang tak boleh tengok sayang ni, rasa macam nak kunyah-kunyah ja"usik Aniq nakal

"Sayang! "Sergah Aniq lalu baring di atas paha isterinya

"Why abang? "Soal Freya dengan lembut

"Aduh lembut sangat suara sayang ni, i think dah sama level dengan paha sayang"sakat Aniq lalu menggigit perlahan paha Freya

Tergeleng-geleng Freya apabila mengingati perkara itu. Memori yang sangat romantik dan suasana yang sangat bahagia.

Air mata jatuh menitik dengan perlahan-lahan. Diusap perlahan rambut Aniq lalu diberikan kucupan dengan penuh syahdu.

"Walau macam mana pun, abang tetap kena bangun demi Freya demi anak kita. Freya tahu abang kuat! Maafkan Freya kerana tak sedar sewaktu abang berikan hint pagi tu"termenung Freya

Aira dan Nashra masuk ke dalam wad tersebut senyuman hambar. Mereka tahu perasaan seseorang apabila melihat orang yang kita sayang terlantar seperti itu tapi apakah daya? Semua sudah tertulis.

"Freya"seru mereka dengan lembut

"Ehh korang dah sampai? "Disekat perlahan air matanya

"Baru jer kau okey? "Soal Aira ingin tahu

"Okey la juga"ketawa kecil Freya

Namun mereka tahu disebalik senyum ketawa itu ada luka yang mendalam. Isterinya mana yang akan berasa okey apabila melihat suaminya terlantar seperti itu dengan keadaan dirinya mengandung lagi.

"Kau tak bawa twins? "Soal Freya mencari-cari twins tersebut

"Ada tapi dorang duduk dengan daddy dorang"jawab Nashra lalu meletakkan bekas makanan di atas meja

"Kau dah makan belum? "Soal Aira pula

"Belum"digelengkan kepalanya berulangkali

"Kenapa tak makan? Kau kena makan juga, fikir la keadaan baby sama"pujuk Aira lembut

"Aku tak ada selera la"ujar Freya lalu memandang suaminya

Bila agaknya jejaka itu akan bangun? Tidak mahukah berjumpa dengan isterinya?

"Kena la ada selera! Baby kau baru lagi Freya kena la jaga elok-elok. Itu kan anak kau dengan Aniq. Mesti Aniq sedih kalau kau abaikan anak dia"provok Aira dengan sedikit tegas

"Yala aku makan"mengalah akhirnya dia

Nashra dengan senyuman menarik Freya menuju ke sofa. Dibuka bekas makanan tersebut. Kecut air liur nya memandang nasi putih, sayur sawi berserta ayam masak merah dan juga tidak lupa telur dadar.

[C] MR HUSBAND Where stories live. Discover now