EPILOG

8.8K 219 84
                                    

Seorang wanita yang dalam keadaan mengandung duduk bersimpuh sambil membuang daun-daun kering yang berteraburan di atas pusara tersebut.

Di ratakan tanah dengan baik. Diusap perlahan batu nisan tersebut. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir jua. Sudah sebulan telah berlalu, kini usia kandungan nya sudah mencecah tiga bulan.

Diusap perlahan perutnya dan dibacakan yassin dengan penuh syahdu. Teresak-esak dia menangis apabila terkenangkan kebahagiaan nya suatu tika dahulu.

Kadang-kadang orang yang kita sayang hanya boleh ada dalam hati kita, tapi bukan dalam hidup kita.

Itulah yang dia rasakan sekarang. Setelah selesai membaca ayat terakhir surah yassin diangkat tangannya untuk membaca doa.

Jejaka yang berada di belakang juga mengangkat tangan untuk sedekah kan Al-Fatihah kepada arwah tersebut.

Mengalir air matanya dengan begitu laju lalu diaminkan nya. Diusap perlahan batu nisan tersebut.

"Mula-mula Freya memang tak boleh terima tapi Freya kena juga redho supaya orang yang dah meninggal kena aman dekat sana. If tak redho, akan buat roh tersebut tidak aman, Freya tak nak. Freya nak orang yang Freya sayang sentiasa tenang tak kira la dia berada di mana"luah Freya sambil menabur bunga di atas pusaran tersebut

"Terima kasih kerana hadir dalam hidup Freya walaupun masa mencemburui kita. Tak apa janji Freya dapat kasih sayang yang sempurna. Jangan lupakan Freya dan baby ya? Baby pun dah tiga bulan! Cepat sahaja masa berlalu"disiram air mawar tersebut

Setitik demi setitik air matanya jatuh namun cepat-cepat dia sekat. Di ukirkan senyuman di wajah nya.

" Terima kasih ya Allah kerana pinjamkan aku kebahagiaan walau hanya sekejap. Terima kasih kerana meminjamkan dia untuk ku walaupun hanya seketika"ucap Freya sambil merenung pusara tersebut

Diusap perlahan batu nisan tersebut. Dicium dengan penuh syahdu dan dia tersenyum sedikit walaupun hambar.

Safuan memandang ke langit lalu menyondol bahu kiri Khairul. Jejaka yang sedang menyekat air matanya itu memandang ke arah Safuan.

"Kau pahal? "Bisik nya perlahan

"Hari dah nak hujan jom la gerak"ujar Safuan mendatar

"Kenapa? "Soal Freya dengan suara sedikit serak

"Nampaknya nak hujan Puan. Apakata kita balik dulu? Ada masa nanti kita datang lagi"saran Khairul dingin

"Hah la Puan, lagipun tak elok untuk baby"Haikal pula menyampuk

"Yala-yala"akhirnya mengalah lalu bangun dari duduk nya

"Nanti Freya datang lagi ya? Assalamualaikum, jaga diri"ucap Freya lalu mula melangkah meninggalkan tanah perkuburan

Wanita itu bersama bodyguard nya menuju ke kereta yang sudah di parkir. Dia masuk ke dalam dan duduk di tempat nya. Mata Freya memandang ke tanah perkuburan tersebut.

"Kadang-kadang orang yang kita sayang hanya boleh ada dalam hati kita, tapi bukan dalam hidup kita. Tapi percayalah walaupun jauh bagaimanapun dia tetap jodoh kita yang berada dalam dunia kita"dipejam matanya lalu disandarkan kepala nya

Kereta tersebut mula membelah jalan raya tersebut. Khairul dan Safuan pula hanya berpandangan sesama mereka. Lalu Haikal berdehem perlahan.

"Kau dah kenapa? "Terangkat kening Freya memandang Haikal di sebelah

"Puan ada nak makan apa-apa? Kitorang boleh belikan? "Soal Haikal dengan gelisah

"Beli kan aku nasi goreng ayam, nasi tomato ayam masak merah. Rasanya kedai tepi jalan tu ada jual kot"Freya sengaja menjuihkan bibirnya ke depan

[C] MR HUSBAND Where stories live. Discover now