Dua bulan kemudian Freya sedang duduk diatas katil sambil mengemas pakaian nya dan pakaian bakal anak mereka. Sedang dia melipat pakaian si anak, mulut nya tidak lepas bernyanyi kecil.
Aniq melangkah masuk ke dalam bilik isterinya dengan senyuman di bibir. Tenang matanya memandang sang isteri yang sedang mengemas itu.
Dia bergerak ke arah Freya lalu duduk disebelah isterinya. Dilipat bersama baju anaknya itu.
"Sayang dah siap semua? "Soal Aniq dengan senyuman lebar
"Dah siap pun, abang ja lambat"jeling Freya
"Sayang ni kan makin nak bersalin makin comel la! Eee nak ja abang gigit sayang"ditarik pipi isterinya dengan kuat
"Abang!!!! "Jerit kecil Freya lalu menepuk lengan Aniq
"Betui la! Comel sangat sayang ni! "Dipeluk tubuh yang sedikit berisi itu
"Abang, Freya nak kemas baju ni"ujar Freya dengan wajah yang masam
"Kemas jala, abang nak peluk sayang. Sedap la peluk sayang"tersenyum nakal Aniq lalu baring di paha sang isteri yang sedang bersila itu
Dialihkan beg baby disebelah kanan dirinya lalu dia dengan selamba menghadap kan muka ke arah perut isterinya yang sedang memboyot.
Diusap perlahan lalu di geselkan hidung nya di situ. Ketawa kecil Aniq apabila terasa tendangan dari anaknya itu.
"Baby tak sabar nak keluar eh? Sabar sayang due date lagi seminggu ja lagi. Lepas tu boleh la jumpa Papa yang kacak ni"bicara Aniq kepada anaknya
"Perasan"gumam Freya perlahan lalu mengusap rambut suaminya
"Sayang okey tak? Ada rasa-rasa nak bersalin tak? "Soal Aniq lalu memandang isterinya dengan penuh kasih sayang
"Okey ja abang, tak rasa lagi la. Tapi Freya takut la gementar sekali"digigit perlahan bibirnya
"Takut kenapa? "Ditenung wajah itu
"Macam mana kalau Freya tak boleh tampung anak kita waktu bersalin nanti? Macam mana kalau tak dapat bertahan? Macam mana kalau..... "Belum sempat habis bicara nya
Aniq dengan segera melumatkan bibir nya bersama bibir sang isteri. Terkebil-kebil Freya dalam ciuman itu. Jejaka itu melepaskan ciuman lalu memandang tepat ke dalam mata Freya.
Terkedu Freya memandang mata sang suami yang berair itu cuma tunggu untuk mengalir sahaja.
"Abang"panggil Freya dengan perlahan dia mengusap rahang jejaka itu
"Please jangan cakap macam tu. Abang yakin sayang mampu. Abang janji abang akan kongsi sakit yang sayang rasa dengan abang! Sayang nak tarik rambut abang ker nak tumbuk abang ker abang redho ja sayang"dipeluk tubuh isterinya
"Takkan la sayang nak tarik rambut abang, setakat genggam tangan abang mungkin la"ketawa kecil Freya
"Jangan risau abang akan sentiasa bersama sayang. Jangan takut dan jangan fikir yang bukan-bukan. Doa-doa ja segala urusan sayang dipermudahkan "dicium sekilas pipi isterinya
"Okey abang"tersenyum Freya lalu melabuhkan kepala nya di dada sang suami
Aniq memeluk erat tubuh sang isteri lalu dia mengusap perlahan perut yang memboyot itu. Tidak sabar menunggu kedatangan anak kecil itu.
"Sayang"panggil Aniq lembut
"Ermmm"gumam Freya sambil mata terpejam
"Sayang ermm nak tak kita try natural induce?"soal Aniq dengan senyuman nakal
YOU ARE READING
[C] MR HUSBAND
RomanceSeorang gadis yang merupakan usahawan muda yang terkaya! Dia seorang yang cantik, bergaya malah mempunyai kekayaan dari hasil titik peluh nya sendiri! Cukup pakej bagi para jejaka yang terus menerus ingin mengikat nya! Namun dia hanya pandang sebel...