Freya terjaga apabila terdengar bunyi bising di hadapan nya. Dia melihat ramai nurse berlari-lari masuk ke dalam bilik kecemasan suaminya. Terkejut wanita itu dan cepat-cepat dia bangun lalu menarik tangan salah seorang nurse tersebut. Jantung nya berdegup dengan kencang.
"Ada apa ni? "Soal Freya dengan gelisah
"Pesakit di dalam tu tiba-tiba sahaja nafas dia tidak teratur"jawab Nurse tersebut lalu lari masuk ke dalam
"Abang! "Jerit Freya kecil lalu menuju ke pintu tersebut
"Puan"jerit ketiga-tiga jejaka itu pula
"Abang please jangan tinggalkan Freya! Abang please stay with me"menangis teresak-esak Freya sambil menepuk pintu
Dapat dilihat seorang doktor lelaki yang sedang menekan dada suaminya berulang kali. Apabila terasa lelah jejaka itu mengambil defibrillator lalu ditekapkan ke dada jejaka itu.
Freya yang tidak sanggup terus duduk di kerusi sambil meraup wajahnya. Dalam hati berdoa akan tidak terjadi apa-apa. Dengan keadaan nya yang lemah bila-bila masa sahaja dia akan tumbang.
"Puan stay strong everything will be fine"pujuk Haikal perlahan
Tiba-tiba fikiran Freya melayang dimana Aniq berbicara dengan nya sebelum dia melangkah pergi dari rumah.
"Abang cuma nak pesan jaga diri baik-baik. Makan jangan skip. Jaga kesihatan okey? "Pesan Aniq lembut
"Tak, abang ada meeting di luar. So nanti lunch abang ambil sayang. Tunggu abang eh? "Ujar Aniq wajah nya sedikit tenang
Dapat dilihat wajah itu sungguh tenang namun dia seperti tahu akan ada benda berlaku.
"Abang cakap suruh Freya tunggu. Abang cakap nak bawa Freya lunch but why kita jumpa dekat hospital"mengalir deras air matanya
Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari dalam dan terpacul la wajah doktor tersebut. Ditenung wajah Freya agak sembap itu.
"Alhamdulillah pesakit dah lepas tahap kritikal dan kami akan tempatkan dia wad biasa"beritahu Doktor itu dengan tenang
"Alhamdulillah"Freya tidak menahan tangis nya apabila mendengar ayat yang dilontarkan oleh doktor tersebut
"Tapi saya minta maaf pesakit koma buat sementara waktu disebabkan hentakkan yang kuat pada kepala nya. Sekarang ni pesakit akan bergantung dengan mesin oksigen kerana kami takut serangan jantung itu akan menyerang lagi. Saya harap bertabah la dan doa-doa banyak buat pesakit"ujar Doktor itu lalu meninggalkan Freya di situ
Baru dia ingin menarik nafas namun dia berasa sangat berat. Jikalau serangan itu menyerang lagi peluang itu Aniq hidup nipis sangat-sangat. Seketika Freya terasa kepala nya berpusing-pusing apabila memikirkan hal itu dan tanpa sedari tubuh nya jatuh melorot.
"Puan! "Bergema suara ketiga-tiga jejaka itu
Freya terjaga dari pengsan nya sambil melihat ke sekeliling. Tiba-tiba tertancap ke arah Nashra yang sedang menangis itu.
"Ra"panggil Freya lemah lalu dia bangun dari baringnya
"Freya! Kau bangun juga"dipeluk erat tubuh itu
"Aku ada dekat bilik mana ni? "Soal Freya sambil menepuk perlahan tubuh wanita itu
"Kau ada dekat wad biasa. Tadi kau pengsan, doktor cakap tekanan darah kau rendah! Lepas tu air dalam badan kau pun kurang. So doktor masukkan air"terang wanita itu sambil mengesat air matanya
YOU ARE READING
[C] MR HUSBAND
RomanceSeorang gadis yang merupakan usahawan muda yang terkaya! Dia seorang yang cantik, bergaya malah mempunyai kekayaan dari hasil titik peluh nya sendiri! Cukup pakej bagi para jejaka yang terus menerus ingin mengikat nya! Namun dia hanya pandang sebel...