Bab 2

3K 214 7
                                    

KEESOKKAN harinya, Farhan bersiap untuk keluar lepak di kedai mamak bersama Julian dan Que

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEESOKKAN harinya, Farhan bersiap untuk keluar lepak di kedai mamak bersama Julian dan Que. Sudah jadi rutin harian mereka bertiga keluar bersama apabila ada masa yang terluang. Lagipula, mereka sudah lama tidak melepak bersama kerana masing-masing sibuk dengan keluarga kecuali Farhan yang sibuk dengan belajar.

Dia melangkah ke garaj kereta dan keretanya meluru laju keluar dari perkarangan rumah. Dia terus memandu ke kedai mamak berdekatan yang dijanjikan bersama Que dan Julian.

Tiba sahaja di kedai mamak, Julian dan Que sedang menunggu kehadirannya. Dapat Farhan lihat seorang kanak-kanak kecil berusia lima tahun berada disebelah Julian. Tak lain tak bukan, mesti Tashfeen. Macam manalah boleh terikut pula tu.

Farhan ukir senyum. Dia berjabat tangan dengan Julian dan Que manakala Tashfeen mengucup tangannya. Kepala Tashfeen diusapnya manja.

"Macam mana boleh terlepas pula ni? Meer dengan Meen tak ikut pula," soal Farhan kepada Julian. Tashfeen tersenyum comel kearah pakcik saudaranya.

"Meer dengan Meen taknak ikut. Nak teman mummy katanya. Ash pula menggedik nak ikut," balas Julian seraya tergelak kecil.

"Ash nak teman daddy." Tashfeen tiba-tiba mencelah. Suara comel dan halusnya membuatkan Que dan Farhan tergelak. Pipi gebu Tashfeen dicubit oleh mereka.

"Ha, abang Que tak bawa anak sekali ke?" Farhan menoleh kearah Que.

"Nak bawa pun, Yasmeen takkan bagi."

"Makin berbadan dua makin garang ya si Yasmeen tu. Aku tengok pun dah meremang bulu roma," seloroh Julian. Que hanya tergelak. Tidak dapat dinafikan isterinya sangat tegas dan garang. Namun, dalam ketegasannya ada juga kelembutannya yang tersendiri. Biarkan garang asalkan bahagia.

Mereka mula berbual hal rumah tangga dan anak-anak. Farhan yang tiada kena-mengena pun rancak menambah isu rumah tangga yang terkini. Gaya macam seorang ayah anak dua sahaja. Padahal masih bujang!

Hampir jam 6 petang, mereka mengambil keputusan untuk pulang kerumah. Farhan bangun dari duduk lalu dia menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar minumannya. Tak diduga pula bahawa Tashfeen mengekor sekali.

Dia menunduk apabila terasa seluar jeasnya ditarik oleh seseorang. Wajah comel Tashfeen terpampang dihadapan matanya.

"Kenapa Ash ikut daddysu ni?" soal Farhan. Beberapa helai not berwarna hijau dan biru dibawa keluar lalu dihulur kepada tauke mamak itu. Dia mengangkat tubuh ringan Tashfeen.

"Ash nak tanya daddysu sesuatu."

"Apa tu?"

"Kenapa aunty dekat sana asyik pandang daddysu je dari tadi? Dia suka daddysu ke?" Soalan polos dan naif dari Tashfeen membuatkan kening tebal Farhan bertaut. Dia menoleh kearah jari Tashfeen dituding.

Tiada sesiapa pun.

"Mana ada orang dekat situ, Ash. Ash ni jangan buat daddysu meremang. Nak maghrib dah ni." Farhan terasa bulu romanya meremang.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐀Where stories live. Discover now