Bab 10

1.9K 137 2
                                    

19 November 20XX

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

19 November 20XX.

Hm... bertahun aku menanti kehadiranmu.
Bertahun aku berharap agar kau kembali.
Kau kembali,
Tapi kau bukan kau yang dulu.

Kau dah berubah.
Begitu juga dengan hati kau.
Berubah, mencintai orang lain.

Adakah ini tanda-tanda supaya aku berhenti?
Berhenti dari mengejar hati yang
belum pasti jadi milikku?

Farhan menghela nafas berat. Buku berkulit itu ditutup semula. Pen diselitkan dihalaman buku yang pertama. Rambut diraup sementara nafas panjang dilepaskan. Angin sepoi-sepoi malam itu cukup menenangkan dirinya. Bunga-bungaan yang menari perlahan ditenung Farhan dari pondok tempat dia merehatkan diri.

Halaman istana itu sunyi tanpa sebarang suara. Hanya bunyi derapan kaki pengawal yang meronda setiap pelosok istana sahaja yang kedengaran.

"Hati saya sudah dimiliki oleh seseorang yang lebih berhak. Dan saya sedang menanti si pencuri hati."

Ayat itu tidak berhenti dari terngiang dari minda. Siapakah lelaki bertuah itu? Nak tahu juga.

"Oi." Teguran dari belakang itu membuatkan Farhan tersentak. Terus dia bangkit dari duduk dan menoleh kebelakang. Panjang umur gadis yang difikirkannya sejak tadi. Farhan tersenyum sedikit sebelum melabuhkan punggungnya semula di kerusi pondok itu.

"Al. Kau... buat apa kat sini?"

"Aku rasa aku yang patut tanya kau soalan tu. Haritu dekat dapur, harini dekat pondok halaman istana pula. Kau buat apa sebenarnya ni? Tak reti nak tidur ke?" Aleena menyoal Farhan semula. Farhan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Buku diarinya dibawa dekat dengannya.

Manalah tahu Aleena ambil baca ke kan. Hiks.

"Suka hati aku la. Eh, kejap. Kau skoding aku ke macam mana ni? Yelah, macam mana kau tahu aku ada dekat bawah ni? Haa, kau skoding aku!"

"Tak kuasalah aku nak skoding kau. Kebetulan aku lalu sini, aku nampak kau. Aku tegurlah! Nanti kau cakap aku sombong pula, tak tegur kau," balas Aleena. Jelingan tajam sempat diberi kepada Farhan. Farhan cebik bibir, mengejek.

Keadaan jadi sunyi seketika. Aleena pun menongkat dagu membuang pandangan kearah tanaman bunga-bunga ros yang tertanam dihadapan pondok mereka duduk. Pandai Farhan pilih tempat untuk menenangkan fikiran.

"Aleena..." panggil Farhan. Aleena spontan menoleh terus kearah Farhan. Kedua keningnya terangkat.

"Apa?"

"Erm. Boleh aku tanya kau sesuatu?"

"Tanya jelah."

"Erm... pasal tadi."

"Ha, kenapa dengan tadi?" Aleena menyoal lagi.

"Alah... pasal yang hati kau dah berpunya tu. Siap reject lamaran Putera Daniel lagi. Aku ni kawan kau kan... Nak jugalah tahu siapa." Farhan tersengih-sengih sepanjang dia menyoal soalan itu. Pehanya digosok-gosok perlahan. Memang sudah jadi tabiat apabila dia berasa malu.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐀Where stories live. Discover now