Bab 14

1.5K 139 28
                                    

"SO, untuk birthday kau tahun ni, kau nak buat birthday party dan time tu kau nak luah perasaan kau dekat Farhan? Kau tak rasa macam pelik sangat ke?" Hans memotong kata-kata Aleena seakan dapat meneka apa yang ada didalam fikiran Aleena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SO, untuk birthday kau tahun ni, kau nak buat birthday party dan time tu kau nak luah perasaan kau dekat Farhan? Kau tak rasa macam pelik sangat ke?" Hans memotong kata-kata Aleena seakan dapat meneka apa yang ada didalam fikiran Aleena.

"Apa yang peliknya? Kalau tunggu Farhan tu, memang sampai bila-bila pun dia takkan confess. Aku cuba nasib aje," balas Aleena sambil menulis senarai didalam buku notanya.

"Aku ikut aje. Tapi, Maya ada tak?" Sempat Hans menyoal tentang dayang istana merangkap kawan baik Aleena yang sudah beberapa bulan mengambil cuti rehat itu. Aleena mengangkat muka sambil tersenyum.

"Takkanlah kau tak tahu yang minggu ni dia dah start kerja balik dah. Kenapa? Rindu ke?"

"Siapa je tak rindu kekasih. Nanti bila kau dengan Farhan dah couple, kau tahu lah perasaan aku. Seminit berpisah rasa macam sejuta tahun kau tahu tak?" Hans tersengih serupa kerang busuk. Amaya, kekasih hatinya. Mereka telah menjalankan hubungan bersama selama hampir tiga tahun.

Lihatlah betapa teguhnya hubungan mereka sehingga kini walau sudah banyak kali berpisah.

"Lambat lagi aku nak couple dengan Farhan," gumam Aleena manakala Hans masih lagi tersengih. Bukan dia tak tahu yang Aleena fikir bahawa dia bertepuk sebelah tangan. Padahal Farhan pun suka dia juga! Entah kenapa lembap sangat luah pun tak tahu lah!

"Tengok jelah nanti."

"Yelah, yelah. Dah pergi buat kerja kau. Aku nak minta izin ayahanda pasal birthday party ni."

"Baik, tuan puteri. Izinkan patik undurkan diri," seloroh Hans sambil mengundur kebelakang dengan membongkokkan badannya. Dia tergelak kecil sebelum tawanya terhenti apabila lihat Daniel berpeluk tubuh ditepi muka pintu.

"Kau bincang apa dengan Aleena?" soal Daniel.

"Nothing." Hans pandang tepat kearah Daniel. Matanya bergerak sedikit apabila nampak Aleena cuba keluar dari bilik itu tanpa pengetahuan Daniel dan maknanya Hans kena tarik perhatian Daniel.

"Apa yang kau tengok tu?" Baru sahaja Daniel hendak menoleh kebelakang, Hans cepat sahaja membuka mulut.

"Ah! Takda apa-apa. Kau buat apa dekat sini? Cari Farhan ke? Kalau nak cari Farhan, dia takda. Cuti seminggu," beritahu Daniel walaupun tidak ditanya. Daniel mengerutkan dahinya.

"Tak kuasa aku nak jumpa budak hingusan tu. Aku nak jumpa Aleena. Mana Aleena?" Daniel menoleh kearah tempat Aleena dan Hans berbincang tadi. Begitu juga dengan Hans.

"Ops, tadi dia ada dekat situ. Sekarang dah takda pula. Dah keluar kot."

Daniel mendengus. Leher Hans mahu dicekaknya namun Hans lagi bertindak pantas. Pergelangan Hans dicengkam kuat.

"Kau dah kenapa? Aku dah kata Aleena takda dekat sini tu, takdalah. Kalau nak tahu dia dekat mana, pergilah cari! Kau ingat aku ni tukang silap mata ke boleh hilangkan orang?" Sinis sehingga Daniel pun hilang kata. Tak semena-mena nak cekak baju orang.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐀Where stories live. Discover now