"ALEENA, aku tak buat semua benda tu. Kau pun kenal aku kan macam mana? Lagipun, kalau aku nak curi barang kemas kau sekalipun, awal-awal lagi aku dah buat. Dan yang paling penting aku takkan simpan dekat tempat yang orang senang jumpa. Aku tak sebodoh itu!" Berjela Farhan cuba memberi penjelasan. Aleena berhenti melangkah di ruangan makan. Terlihat Hans sedang elok minum petang disitu seorang diri.
Jari telunjuk Aleena diletakkan kebibir Farhan. Farhan kelihatan terkedu dengan perlakuan Aleena.
"Aku taknak cakap pasal benda nilah. Aku tahu tu angkara Daniel."
"Habistu?"
Aleena kelihatan gelisah. Tangannya dihayunkan diudara sebelum dia menjawab soalan Farhan. Kepala yang tidak gatal digarunya seperti beruk.
"Jom kahwin, Farhan?" Tersembur air yang baru diteguk Hans manakala Farhan terciduk dihadapan Aleena. Lidahnya seolah-olah kelu dan otaknya tak mampu mencerna ayat Aleena. Ditenungnya wajah gadis itu lama.
"Excuse me?"
"Kahwin. Jom? Manalah tahu lepas kita kahwin, Daniel akan stop kacau kau. Lagipun, kau kata kau cinta, kau sayang. Jadi tunggu apa lagi? Benda yang elok, tak baik tangguhkan. Kan?" Aleena menaruh harapan terhadap Farhan yang masih tidak percaya apa yang baru didengarinya.
"Tapi..."
"Kau tak cinta aku ke?" Aduh, soalan cepumas pula. Berpeluh dahi Farhan menghadap Aleena.
"Gila tak cinta," gumam Farhan dengan nada yang separuh mendatar.
"Habistu?" Aleena mengulangi semula soalan Farhan pada awal tadi. Farhan jadi kelu semula. Ternganga mulutnya, tidak tahu hendak membalas apa. Dia mengerling Hans dibelakang sekilas. Hans menganggukkan kepalanya.
"Macam mana dengan umi abi aku? Aku kenalah minta restu diorang."
"Mestilah. Apa kau fikir kita nak kahwin lari ke Siam ke?" tembak Aleena, lebih kepada menyindir. Sekali lagi, Farhan terciduk. Namun, kali ini lebih teruk.
"Takdalah sampai macam tu." Farhan mengusap belakang tengkuknya. Apsal kekok sangat keadaan ni? Aduh mak...
"Habistu?"
"Eee, janganlah tanya aku 'habistu-habistu'. Aku dah terciduk teruk dah ni. Alamak."
"Yelah-yelah. Jom ikut aku," ajak Aleena tiba-tiba. Ditariknya lengan Farhan yang beralaskan baju hoodie itu keluar istana. Farhan meronta minta dilepaskan namun pegangan tangan Aleena sangat kuat.
"Nak pergi mana ni?" Farhan menyoal apabila Aleena membukakan pintu kereta untuknya. Ditolaknya tubuh Farhan dengan paksaan. Farhan pun apalagi? Redha ajelah. "I'm asking you, cupcake. Where are we going?" Farhan menyoal buat kali kedua.
Lagi berkerut apabila Aleena masuk ketempat pemandu.
"Rumah mak ayah kau."
"Buat apa?"
"Minta restulah. Apa lagi?" Enjin kereta dihidupkan.
"Kalau ya pun, kenapa kau yang bawa. Kenapa bukan aku?"
"Kalau tunggu kau, belum tentu kau nak bawa. Lembab sangat berfikir. Duk 'ha-ha' macam orang autism."
"Uit. Main kasar nampak." Farhan mencebik. Aleena langsung tidak mengendahkan Farhan dan dia terus memandu kereta terus ke bandar, rumah banglo keluarga Farhan.
FARHAN terkebil-kebil dihadapan pintu pagar rumah banglonya. Nampaknya, halaman rumah agam itu penuh dengan kereta. Medina dan Julian sudah tentu ada. Dia menoleh kearah Aleena yang menunggu dalam kereta.
"Assalamualaikum!" Farhan memberi salam penuh mesra. Pintu pagar yang ditutup rapat itu dibuka dan dia terus masuk kedalam rumah.
"Eh, daddysu!" Triplet itu terus menerpa kearah Farhan yang baru hendak terkial-kial membuka kasut. Farhan tersenyum lebar melihat anak-anak buah yang dirindui mereka. Dia bersalaman dengan ibubapa, abang ipar dan kakaknya.
"Daddysu dah habis kerja ke?" soal anak Medina yang bongsu, Tashmeen.
"Tak. Daddysu sekejap aje," balas Farhan sambil duduk diatas sofa. Kebetulan pula ketika itu, Louis sedang berada didalam talian.
"Far, lama tak jumpa. Macam mana kerja dengan tuan puteri? Dayang-dayang kat sana cantik tak?" tegur Louis sambil berseloroh.
"Boleh tahan cantik jugalah, abang Louis." Farhan melayan gurauan Louis. "Abang Louis dengan keluarga macam mana? Sihat?"
"Sihat, alhamdulillah."
Farhan terdiam seketika. "Memandangkan semua dah ada ni. Far nak bagitahu something important ni." Farhan bersuara serius. Mata ahli keluarganya mula tertumpu pada Farhan.
"Farhan nak minta restu umi abi."
"Restu apa?" soal Hanif.
"Far nak kahwin."
"Ha!" Seisi rumah itu terkejut. Julian yang sedang minum air juga tersedak teruk seperti Hans tadi. Tashmeer dan Tashfeen ternganga manakala Tashmeen pula terkentut.
TBC.
Sorry kalau sikit sangat dan hambar guys. Tak pernah-ii saya tulis hanya 600+ patah perkataan. Saya kecewa dengan diri sendiri. Saya nak ambil MC menulis selama beberapa minggu kerana kepala otak saya sudah kekeringan idea dan semangat saya hilang dan saya perlu cari balik semangat yang hilang tu. Memakan masa ya anak-ii.
Saya harap, sayang-ii saya setialah dengan CHD. Sekurang-kurangnya, sebelum saya ambil MC panjang, saya ada tinggalkan satu bab untuk korang. Hiks, tak tahu nak cakap apa lagi dah. Kepala sudah berserabut dengan segala masalah. Saya perlukan rehat begitu juga dengan otak saya yang tiap-ii hari saya asak dia untuk berjalan.
Saya minta maaf jika pemergian saya ni agak lama. Tapi insyaAllah, doa-ii kan supaya saya ambil MC tak lama.
Dahlah, tata! Salam diberi sebagai perpisahan kita yang tak macam perpisahan ni. Assalamualaikum.
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ Last Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Kisah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang berbeza pangkat dan status dengannya membuatkan dirinya terasa kecil. FARHAN RIYAZ - Lelaki yang berasal dari keluarga sederhana, mempunyai Ijazah Sarjana M...