ALEENA duduk membuang pandangan diluar jendela. Sejak tragedi itu, Aleena tidak banyak bercakap seperti dulu. Dia lebih suka menghabiskan masa seorang diri dan termenung.
Sunyi istana itu tanpa suara riang Aleena. Istana yang dahulu cerah kini kian suram. Seolah-olah seri istana itu sudah hilang dibawa angin.
Barangan yang sepatutnya dijadikan barang hantaran belah perempuan disimpan elok didalam suatu bilik. Saat Aleena melangkah kebilik itu sahaja, mesti air matanya mula mengalir.
Seminggu kejadian itu berlalu. Aleena tak sanggup hendak bertemu dengan keluarga Farhan untuk mengucapkan takziah. Dia terlalu lemah untuk menjejakkan kaki dirumah lelaki itu.
"Aleena? Kau ada kat dalam ni ke?" Pintu bilik itu diketuk oleh seseorang dari luar. Apabila Aleena menoleh, wajah Daniel menyapa matanya. Pandangan kosong dihadiahkan kearah lelaki itu.
Daniel meneguk air liur. Dia melangkah perlahan mendekati Aleena yang duduk ditepi tingkap. Perlahan dia melabuhkan punggung disebelah Aleena.
"Kau buat apa kat sini? Nak ucap tahniah? Nak bersorak sebab Farhan dah mati?" Sinis Aleena menegur Daniel. Daniel kelihatan begitu tersentak. Tidak disangka, itu soalan yang disoal oleh Aleena kepadanya.
"Aleena, aku datang sini sebab aku temankan ayahanda aku je. Alang-alang tu kitorang nak juga periksa keadaan kau. Aku betul-betul simpati dengan kau," kata Daniel penuh ikhlas. Dia juga agak terkilan dengan berita tentang kematian Farhan.
"Dengan rasa simpati kau, kau rasa Farhan boleh datang balik ke? Tak kan?"
Daniel membetulkan duduknya. "Aleena, kalau dengan rasa simpati tu boleh kembalikan Farhan, aku nak sangat melutut minta maaf dekat dia. Aku dah buat salah dekat dia. Kalau boleh, aku nak dia kembali. Kalau boleh, aku nak putar balik masa. Kau tahu tak?" Daniel menahan sebak didada apabila mengenangkan silapnya dengan Farhan.
Air mata Aleena sudah lama mengalir.
"Aku rindu dia. Dia dah janji dengan aku nak balik dengan selamat. Tapi dia mungkir janji dia. Dia tipu aku, Daniel." Aleena menunduk, menghamburkan tangisannya. Daniel hanya mampu memerhati gadis itu menghamburkan tangisannya.
Dia tak mampu untuk meredakan sedih Aleena. Hanya Farhan sahaja boleh lakukan tugas itu.
"Kau tak boleh cakap macam kau takda agama, Aleena. Allah lebih sayangkan dia. Mesti ada hikmah disebalik segalanya," pujuk Daniel. Aleena mengangkat wajah. Air matanya dikesat dengan hujung baju.
"Kau kena tolong aku, Daniel."
"Apa dia?"
"Majlis aku dan Farhan patutnya dua bulan lagi. Semuanya dah tersedia. Aku nak minta tolong kau supaya gantikan tempat Farhan. Boleh?" Daniel tersentak. Dia terus bangun dari duduk.
"Kau dah gila ke? Otak kau, kau letak mana? Jangan buat keputasan terburu-buru. Kalau dulu ya, aku terima. Tapi sekarang aku taknak aniaya arwah Farhan. Aku dah tak cintakan kau macam dulu. Aku sanggup buat apa aje asalkan tak gantikan tempat Farhan!" bantah Daniel laju.
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ Last Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Kisah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang berbeza pangkat dan status dengannya membuatkan dirinya terasa kecil. FARHAN RIYAZ - Lelaki yang berasal dari keluarga sederhana, mempunyai Ijazah Sarjana M...