KETUKAN bertalu dipintu bilik Farhan membuatkan Farhan berdecit halus. Baru nak landing badan atas katil, ada sahaja yang mengacau. Farhan buka pintu dengan tidak rela. Wajah Hans menjadi santapan mata.
"Ha nak apa?" soal Farhan.
"Amboi, kasarnya. Cukup baik tau aku sanggup ketuk pintu kau, ajak makan malam sama-sama. Lainkali jangan harap aku nak ajak! Sukahati kaulah nak kebulur ke apa," balas Hans dengan nada geram. Farhan sudah tersengih bagai kerang busuk.
"Alah. Janganlah marah. Aku gurau je tadi. Ni kau nak ajak aku makan malam? Elok sangatlah tu. Aku pun baru nak keluar tadi. Kau dah ajak, jomlah sama-sama kita ke meja beradab." Farhan menutup pintu biliknya rapat-rapat sebelum dia melangkah mengekor Hans.
"Lembab. Tuan Putera pun takda mengada macam kau, siap nak ketuk pintu ajak makan tau!" Sempat lagi Hans merungut.
"Mana ada lembab. Aku ambil masa je."
Tangan Hans melayang ke kepala Farhan. "Lembablah tu." Hans menjegil kearah Farhan. Farhan pula mencebik sambil menggosok kepalanya yang diluku Hans tanpa belas kasihan tadi. Apa dia ingat kepala aku ni tempat boxing ke?
"Tuan Putera petang tadi ada lagi ke?" soal Farhan setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Ada."
"Dia berdua je ke dengan Aleena dekat meja beradab tu?" soal Farhan, gabrah. Riak wajahnya sudah bertukar kepada wajah bimbang.
"Janganlah risau. Ayahanda Aleena ada sekali. Aku yakin dia takkan berani rogol Aleena depan ayahanda dia." Hans membalas selamba. Lengan tegapnya ditepuk Farhan kuat.
"Apa celupar sangat mulut kau tu!"
Hans tersengih tayang gigi. "Sorry lah. Aku cakap benda betul juga kan?"
"Ish, apalah kau ni." Farhan pula mendengus geram dengan perangai selamba Hans. Dia melangkah mendahului Hans dan masuk kedalam bilik meja beradab.
Sebelum duduk dikerusi, sempat Farhan menunduk hormat seraya memperkenalkan dirinya kepada Raja Aleef kerana ini adalah kali pertama mereka bertemu sejak Farhan menetap di istana ini.
"Silakan duduk, wahai anakku," pelawa Raja Aleef dengan mesra. Farhan tersenyum seraya mengambil tempat duduk selang beberapa kerusi disebelah Daniel. Daniel yang sedang menjamah juadah makan malam, menjeling kearah Farhan dengan hujung mata.
"Assalamualaikum..." Sengaja Farhan memberi salam kepada Daniel yang asyik sangat menjeling dia. Aku doakan mata tu juling baru tahu!
Daniel tersentak. Hampir sahaja dia tersedak makanannya.
"Ehem. Waalaikumusalam," balas Daniel dingin. Farhan mengangguk serta tersenyum sendiri. Dia mula menjamah makanan apabila dijemput Raja Aleef. Hans juga berbuat sebegitu.
"Aleena dengan Farhan dah kenal lama ke?" Raja Aleef menyoal seketika kemudian. Farhan mendongakkan kepala apabila sikunya ditolak oleh Hans.
"Er lama tu tak jugalah. Dalam beberapa bulan je, sebelum saya dapat tahu Aleena nak pindah."
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ Last Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Kisah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang berbeza pangkat dan status dengannya membuatkan dirinya terasa kecil. FARHAN RIYAZ - Lelaki yang berasal dari keluarga sederhana, mempunyai Ijazah Sarjana M...